Connect with us

Tukar Sebelum Terlambat, Denda Guna Lampu Putih Kenderaan Diketatkan

Kebanyakan kenderaan kini boleh dilihat menggunakan lampu bercahaya putih lebih cerah jenis High-Intesity Discharge (HID) untuk pemanduan yang lebih jelas.

Namun, sedarkah anda terdapat bahaya yang menanti kerana lampu jenis ini boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya? Bukan sahaja nyawa anda boleh melayang, malah membahayakan pengguna lain. Jangan ambil mudah, ikuti kupasan oleh Public Health Malaysia seperti di bawah.

Sekiranya anda merupakan pemandu kenderaan dengan lampu putih HID sila ambil tindakan segera untuk menukar lampu tersebut.
Tahukah anda, walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.

Penggunaan lampu putih HID menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain. Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan.

Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan terganggu.

Isu ini sebenarnya bukan isu baru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menyuarakan akan kebimbangan mengenai isu ini sejak 2004 lagi.

Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya telah menyebut, pemandu kenderaan yang menggunakan lampu berwarna putih dan tidak mengikut standard bakal didenda sehingga RM2000 atau dipenjara sehingga 6 bulan.

Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang, Walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.

Penggunaan lampu putih HID sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain. Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan maut.

Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu. Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia dan penggunaan lampu putih HID ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad bagi pemandu lain.

Kemalangan jalanraya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia. Lebih 6 ribu nyawa melayang setiap tahun.

Penggunaan lampu putih ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad. semoga selamat tiba ke tempat yang di tuju…
Kredit: Public Health Malaysia/ kita jaga kita

error: Content is protected !!