Connect with us

TAULADAN

Isteri Tak Kerja Nampak Senang, Sepatutnya Suami Kena Bayar Isteri Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah

Published

on

Isteri Tak Kerja Nampak Senang, Sepatutnya Suami Kena Bayar Isteri Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah

Ada sebahagian suami menyangka isteri yang menjadi suri rumah goyang kaki di rumah, makan tidur tak buat apa-apa. Bila suami balik rumah, dimar4hnya isteri sebab rumah bersepah, baju tak berlipat.

“Awak ni dok rumah buat apa?” Muka suami punyalah ketat, dipandangnya isteri macam harimau kelaparan.

Akhirnya suami keluar rumah lep4k dengan kawan-kawan. Dikatanya

“aku stress kat rumah, balik rumah pun serabut. Aku kerja cari duit, duit rumah aku bayar, kereta aku bayar, dia dok rumah kemas rumah pun tak boleh buat”.

Isteri di rumah melayan perasaan, pendam seorang diri. Duhai malang nasib si isteri.

Nilaikan sendiri

Wahai para suami mithali, pernah tak kita mengira berapa nilai kerja isteri kita di rumah? Jom kita kira sama-sama:

  • Kalau panggil part time maid untuk kemas rumah 2 jam RM60. Isteri mengemas rumah lebih dari 2 jam sehari.
    Kita anggarkan sehari RM100 untuk upah mengemas rumah. Sebulan RM3000 suami perlu bayar pada isteri.
  • Upah memasak untuk tukang masak di restoran, gajinya sebulan paling kurang RM2000. Kita anggarkan
    RM1000 sebulan cukuplah untuk upah isteri masak untuk kita dan anak-anak.
  • Basuh baju kalau hantar dobi sehari anggaran RM20. Sebulan RM600.
  • Upah jaga anak sebulan RM400 seorang anak. Kalo 3 orang anak RM1200 sebulan suami perlu bayar pada isteri.
  • Upah iron baju anggaran sehari RM10. Sebulan RM300.
    Itu tak termasuk upah picit badan suami, urvt kepala suami sebab pening, dan lain-lain lagi.

Walaupun isteri kita surirumah sepenuh masa, jangan kita menyangka yang dia tak penat menguruskan rumahtangga. Nampak macam mudah, tapi cubalah suami ambil alih tugas isteri seharipun cukuplah, kita akan rasa kepenatan yang teramat sangat macam penat seminggu bekerja.

Isteri buat semua tu kerana sayangkan suami, dia tak mintapun upah itu ini, cukuplah kasih sayang daripada suaminya. Kalau suami balik rumah tengok rumah bersepah, kain tak berlipat, jangan terus kita bers4ngka bvrvk dengan isteri. Bukan dia tak nak lipat baju, tapi dia tak sempat nak lipat sebab banyak kerja rumah yang dia buat sebelum tu.

Apa kata kita ikut cara Nabi SAW bila balik rumah, Baginda tak banyak komplen dan tidak bers4ngka bvrvk terhadap isterinya, bahkan Baginda akan bantu kerja isteri tanpa diminta. Apapun, syukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan pada kita, dapat isteri sebagai teman hidup pun satu rahmat.

Bersyukurlah suami

Apa-apa kekur4ngan pada isteri anggaplah ianya sebagai suatu keunikan yang menambah seri dalam rumahtangga.
Pointnya, hargailah penat lelah isteri walaupun mereka bergelar surirumah sepenuh masa. Bukanlah mesti membayar sejumlah wang sebagai upah kerja isteri, nafkah zahir ikutlah kemampuan suami.

Sumber: Facebook via majalahsinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!