Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Rahsia Anak Soleh, Letak Tangan Atas Ubun-Ubun, Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

Published

on

Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.

Pastikan niat yang kita buat untuk anak adalah yang elok-elok dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa juga perlu dijaga agar tak menjadi kebiasaan setiap kali nak marah.

DOA ANAK SOLEH

Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

  • Ya Fattah
  • Ya Alim
  • Ya Nur
  • Ya Hakim
  • Ya Rashid
  • Ya Hafiz
  • Ya Muhaimin

YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.

Seterusnya titipkan doa ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)

Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.

Ya Mujib.

Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.

“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”

Kalut2 menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.

“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.

“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”

Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.

Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.

“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.

Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB

Kesimpulan

Anak-anak adalah anugerah Allah yang paling istimewa untuk ibu bapa yang berkahwin. Jaga dan didik lah amanah ini sebaiknya dengan mendoakan kebaikan untuk mereka dunia akhirat. Jangan sesekali lupa untuk mendoakan anak-anak menjadi anak dan hamba yang soleh dan solehah. Doa seorang ibu dengan anak sangatlah utuh, maka ibu-ibu jangan sesekali mendoakan anak-anak masing-masing sepanjang masa.

Kredit : Nor Fatihahnoor via majalahpama.my

cikgu king tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca jangan lupa sedekah like dan share

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Jangan lupa juga follow kami di page E-Akhbar dan group Ceramah Apa Hari Ini.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!