Connect with us

TAULADAN

Saat Terakhir Ulama Mesir, Sempat Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Published

on

Sempat Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Baru-baru ini, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia. Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan.

Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar. Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan. Pun begitu, punca sebenar kem4tiannya tidak ketahui.

Akhir Kata:

Semoga Pengakhiran kita juga husnul Khotimah dan semoga amal ibada kita diterima di sisi ALLAH SWT… Aamiin Allahumma Aamiin

Rujukan Dan Sumber: siakapkeli via mymediamaya.com

cikgu king tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca jangan lupa sedekah like dan share

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Jangan lupa juga follow kami di page E-Akhbar dan group Ceramah Apa Hari Ini.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!