Connect with us

KASIH SAYANG

Remaja 16 Tahun Kerja Buruh Kasar Bantu Tanggung Kos Rawatan Leukimia Adiknya

Published

on

Korban usia remaja dengan bekerja sebagai buruh kasar untuk mengumpul dana perubatan adik perempuan, remaja ini buktikan bahawa pertalian keluarga adalah segalanya.

Dalam kehidupan ini, rasa kasih dan sayang antara adik-beradik adalah antara rasa kasih sayang yang paling tulen sekali.

Hal ini majoritinya didorong oleh rasa tanggungjawab sesama ahli keluarga, memori yang pernah diilalui bersama semenjak hari pertama dilahirkan, dan juga kerana ikatan persaudaraan yang tidak akan putus walau apa pun yang terjadi.

Chang Le, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Zhengzhou, Henan, bagaimanapun memutuskan untuk membuktikan kepada dunia tentang rasa kasih dan sayangnya buat adik perempuannya yang jatuh sakit di usia muda.

Adik perempuan Chang Le yang berusia 10 tahun telah didiagnosis dengan penyakit leukimia pada tahun 2017, dan penyakit tersebut telah merampas keceriaan dalam keluarga Chang Le selama ini.

Sejak adik Chang Le disahkan sakit, keluarga Chang Le terutamanya ibu bapa Chang Le bertungkus lumus untuk mendapatkan wang bagi membayar kos perubatan adik Chang Le. Melihat keadaan ini, Chang Le tidak mampu untuk berdiam diri.

Secara senyap-senyap, pada cuti musim panas, Chang Le telah bekerja sebagai buruh angkat barang yang menguruskan barangan di sebuah syarikat logistik di Zhengzhou.

Skop tugas Chang Le termasuklah untuk mengangkat semua barangan yang berat dan semestinya, remaja berusia 16 tahun sebegini tidak seharusnya membanting-tulang seperti yang dilakukan oleh Chang Le.

Tambahan pula, waktu bekerja Chang Le adalah bermula dari jam 4 petang ke 3 pagi. Hal ini bermaksud bahawa Chang Le tidak mempunyai waktu malam untuk berehat sepenuhnya seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebayanya.

Pastinya, Chang Le adalah seorang abang yang sangat mulia dan bertanggungjawab…

Disamping itu, untuk menjimatkan lagi perbelanjaan harian, Chang Le hanya memakan pau kukus sahaja agar wang yang dimilikinya boleh disalurkan untuk kos perubatan adik kesayangannya.

Biarpun Chang Le menghadapi masalah kekurangan nutrisi, namun, hal itu langsung tidak membuatkan Chang Le berputus asa terhadap adiknya.

Benarlah seperti yang dikatakan dalam pepatah Melayu, “air dicincang tidak akan putus,” walau bagaimana perit pun keadaan yang perlu dilalui oleh Chang Le, namun dia tetap membuktikan kepada adik perempuannya bahawa dia adalah seorang abang yang boleh diharap sehingga ke akhir hayatnya.

sumber: erabaru

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!