Connect with us

TERKINI

Terus usaha belajar agama, persediaan Lisa Surihani sebelum menghadap Illahi

Published

on

Pelakon yang pernah membintangi filem Istanbul Aku Datang! iaitu Lisa Surihani, 34 dilihat kini lebih memilih untuk mendalami ilmu agama sejak mengenakan hijab pada tahun lalu.

Lisa juga kerap kali berkongsi perkara-perkara positif di Instagram miliknya dan sudah pasti membuatkan para peminatnya gembira disamping dapat sama-sama memperbaiki diri.

Dalam perkongsian terbaru isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim ini, Lisa telah memuat naik nota ringkas yang dibuat olehnya bagi memudahkan pemahaman berkenaan pembelajaran ilmu agama yang sedang dibaca ketika ini.

Mahu terus diredhai Allah

Dalam kapsyen yang dibuat naik oleh Lisa, ayat yang disertakan begitu menyentuh hati ramai apabila memohon kepada Allah S.W.T supaya mengambil nyawanya ketika hidupnya telah diredhai oleh Maha Pencipta.

Belajar agama memang best!

Hal ini membuatkan ramai warganet turut sama terkesan dan berdoa agar kita semua dapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Sehubungan dengan itu, rata-rata mereka meninggalkan komen positif dengan berharap impian Lisa Surihani tercapai.

Sama seperti saya, perjalanan yang baru

Sumber: Lisa Surihani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!