Connect with us

TERKINI

Allahuu…Warga Emas Jalan Kaki 4 jam Cari Rezeki

Published

on

Melaka: Menjangkau ke usia emas, Midah Said, 75, sepatutnya sudah boleh berehat namun demi kelangsungan hidup, wanita sebatang kara itu cekal berjalan kaki selama dua jam untuk ke tempat kerja di Bandar Hilir.

Walaupun jarak dari bilik sewanya di Pangkalan Rama sejauh kira-kira lima kilometer namun dia memerlukan tempoh lama untuk sampai ke tempat bekerja sebagai penjaga dan pembersih tandas.

Ia berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan apabila keadaan kaki dan lututnya sakit, sengal dan tidak lagi kuat untuk berjalan pantas.

Katanya, selepas solat Subuh dia akan mula berjalan kaki dari bilik sewanya dan hanya sampai kira-kira dua jam kemudian disebabkan terpaksa berhenti beberapa kali berikutan keadaan kesihatannya.

“Begitu juga kalau pulang dari kerja untuk ke bilik sewa yang memerlukan saya mengambil lebih lebih dua jam. Jika pulang 5 petang, saya akan sampai waktu Maghrib atau selepas azan Isyak.

“Itupun saya melalui jalan pintas dengan masuk beberapa laluan termasuk jalan Bunga Raya, Bangunan Merah atau menukar laluan melalui Banda Kaba mengikut keadaan cuaca,” katanya sambil mengesat air mata.

Baginya, itulah rutin harian selepas suami yang dikasihi meninggal dunia lebih 10 tahun lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang.

Dia yang sudah enam tahun menjaga tandas berkenaan bersyukur diterima bekerja bagi menampung bayaran sewa bilik RM200 sebulan.

Midah yang sebelum ini bekerja sebagai pencuci bangunan di kawasan berhampiran juga gembira mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

Apapun, kehidupan sebatang kara perlu dilalui dengan tabah selepas kehilangan suami, namun apa yang penting buatnya untuk terus berdikari bagi meneruskan kelangsungan sisa-sisa hidup.

Menurutnya, dia yang berasal dari Besut, Terengganu berkahwin dengan suaminya lebih 50 tahun lalu dan mengikutnya berhijrah ke Melaka.

Katanya, dia anak ketiga daripada tiga adik beradik namun dua kakaknya serta ibu bapa sudah meninggal dunia.

Baginya, sering kali sakit kaki, lelah dan sesekali batuk tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berkhidmat dalam masa sama dapat bertemu dengan orang ramai sambil bertegur sapa.

Malah dengan cara itu dapat menghilangkan kesunyiannya seorang diri di bilik sewa dalam masa sama sebagai terapi diri.

Sumber: harianmetro.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!