Connect with us

PENDIDIKAN

Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2022-2023

Published

on

Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2022-2023

Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2022-2023. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, boleh mengetahui keputusan sama ada berjaya atau tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam (6) sesi 2022 / 2023 (Semester 1) di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan dengan membuat semakan tawaran secara atas talian (online).

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh disemak menerusi sistem aplikasi semakan SST6, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelajar juga boleh mengemukakan rayuan bermula tarikh yang telah ditetapkan bagi menempatkan diri ke Tingkatan Enam (6) yang ingin dimohon.

Sebarang pengumuman berhubung dengan tarikh bagi membuat semakan tawaran ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan di Portal Rasmi Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan dikemaskini di bawah.

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2022

Pelajar yang terbabit dengan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh mengikuti ringkasan kemaskini berkaitan tarikh dan cara untuk membuat semakan menerusi ruangan berikut

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6

  • Dibuka : 7 Julai 2022
  • Ditutup : 24 Julai 2022

Semakan tawaran kemasukan dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 adalah seperti berikut:

Semakan Online Tawaran Form 6

Sistem Aplikasi SST6
https://sst6.moe.gov.my/

Pendaftaran Murid Tingkatan Enam Tahun 2022

Modul Pendaftaran Murid Tingkatan Enam dibangunkan bagi memudahkan Pelajar melapor diri secara atas talian di pautan berikut :

Daftar Form 6

Makluman Oleh Pihak Sekolah

  • Pelajar yang tidak mempunyai capaian internet boleh membuat semakan keputusan tingkatan 6 melalui sekolah masing-masing

Sekiranya permohonan berjaya dan bersetuju dengan tawaran tersebut, pelajar hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran secara atas talian. Tarikh lapor diri adalah pada 25 Julai 2022. Kaedah lapor diri juga adalah secara atas talian (online) dan tidak perlu hadir ke Sekolah, PPD atau JPN.

Manakala calon yang mengambil SPM ulangan 2021, permohonan rayuan ke Tingkatan 6 hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2022

Sistem aplikasi semakan tawaran hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan / tindakan / makluman lanjut melalui laman sistem aplikasi semakan tawaran berkenaan.

Aliran Tingkatan 6

Seperti program pasca menengah yang lain yang mempunyai pelbagai jenis aliran, Tingkatan 6 juga menawarkan dua aliran yang ditawarkan di sekolah menengah harian iaitu:

  1. Aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama)
  2. Aliran Sains

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan 6

  1. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2021
  3. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14

Syarat Kemasukan / AM / Khas / Jurusan

Pelajar Yang Tidak Perlu Membuat Permohonan

Pelajar lepasan SPM 2021 yang mencukupi syarat ke tingkatan enam bagi tahun 2022 tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu sebaliknya akan layak dan ditawarkan secara automatik.

Semakan tawaran (pelajar terpilih) serta cetakan surat tawaran bagi pelajar yang ditawarkan ke tingkatan 6 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam (SST6) yang akan dibuka nanti.

Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2022

Pelajar yang tidak mendapat tawaran ambilan pertama tingkatan 6 boleh membuat rayuan dari 7 hingga 24 Julai 2022 dengan mengisi borang rayuan kemasukan secara dalam talian.

i) Rayuan Umum Calon SPM 2022 & Rayuan Calon Persendirian/ Swasta/ SMAN SPM 2022

Melalui aplikasi semakan SST6 yang sama di atas.

ii) Rayuan Umum Calon SPM Tahun 2019 & 2018

Melalui Borang T6BRU

Maklumat lengkap mengenai Borang Rayuan, Panduan Mengisi Borang, Senarai Dokumen diperlukan serta tindakan selanjutnya, sila klik pada judul pautan di bawah:

Tarikh Keputusan Rayuan Tingkatan 6

  • Dibuka : 1 Ogos 2022
  • Ditutup : –

Keputusan rayuan Tingkatan 6 diumumkan pada tarikh RASMI yang dinyatakan di atas. Murid yang berjaya dalam rayuan hendaklah melapor diri pada tarikh 2 Ogos 2022. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.

Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Ditanya Berkaitan Tawaran Tingkatan 6

Tempoh Pengajian Tingkatan 6 (Akan dikemaskini)

Bagi tempoh masa pengajian tingkatan 6 adalah selama 1 tahun setengah atau 3 semester (dahulunya dikenali sebagai penggal)

1. Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 1 (S1)

2. Semester 2 : Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 2 (S2)

3. Semester 3 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Nota: Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Yuran Tingkatan 6

Bagi pengajian tingkatan 6, yuran peperiksaan bagi empat dan/atau lima mata pelajaran adalah percuma untuk calon:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan keraajaan.

Namun begitu bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu, yuran akan dikenakan.

Pentaksiran Tingkatan 6 (STPM)

Pentaksiran bagi tingkatan 6 dilaksanakan menerusi ketetapan berikut:

  • Peperiksaan akhir berpusat (Wajaran 60% – 80%)
  • Kerja Kursus (Wajaran 20% – 40%)

Namun bergitu, peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Pelajar dikehendaki mengambil semua peperiksaan akhir berpusat S1, S2, dan S3 serta menjalankan Kerja Kursus. Pelajar akan mendapat keputusan peperiksaan setiap penggal lalu mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan Ulangan 1 dan/atau Ulangan 2.

Pentaksiran pencapaian pelajar dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah secara kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga semester seperti berikut:

  • Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 + Kerja Kursus]

Keterangan Lanjut

Maklumat lanjut berhubung dengan Tingkatan 6 yang merangkumi borang permohonan kemasukan, Kerangka Konseptual, Latar Belakang, Syarat Kemasukan, Matlamat, Objektif, Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan 6, Kurikulum dan Kokurikulum, Tempoh Tawaran Pengajian, Pentaksiran dan Yuran, sila layari judul pautan yang disertakan di bawah dan boleh dimuat turun.

Kredit to: mysumber.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!