Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Adakah hidup kita susah sebab REZEKI TERHIJAB?

Published

on

Adakah hidup kita susah sebab REZEKI TERHIJAB atau TERHALANG? Di manakah silapnya apabila Allah SWT melebihkan rezeki kepada seseorang dan mengurangkan rezeki kepada seseorang? Berdoa setiap kali selesai solat sering dilakukan, bekerja keras dan lebih masa sudah dibuat, malah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan juga sudah diusahakan. Apa sahaja yang dilakukan asalkan hidup tidak susah dan rezeki bertambah, tetapi hasilnya tetap begitu juga; masih juga susah malah sering tidak cukup duit. Adakah ini tandanya rezeki seseorang itu terhijab dan doanya tidak dimakbulkan Allah SWT?

Ada pula yang bekerja biasa-biasa sahaja tetapi jarang meng3luh, tidak pernah meminjam duit, tidak pernah berhut4ng tetapi rezekinya sentiasa sahaja ada walaupun tidaklah kaya. Berbeza pula dengan yang bekerja siang dan malam tetapi hut4ng masih juga bertimbun, sering berasa sempit dan tidak cukup. Di manakah silapnya? Apabila anda berasakan hidup seperti ini, cuba-cubalah muhasabah diri dan jangan menyalahkan sesiapa.

Perlu diingat, apabila Allah SWT berkuasa menambahkan rezeki kepada hamba-Nya dari jalan yang tidak disangka-sangka, Allah SWT juga berkuasa untuk menghalang atau menghijab rezeki seseorang dari sebab yang tidak disangka-sangka. Adakah rezeki yang anda perolehi itu berkat atau tidak? Adakah anda bersyukur atau tidak?

Keberkatan di sini membawa maksud rezeki yang sedikit tetapi dirasakan banyak dan terlalu mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, hidup dirasakan s3mpit walaupun rezeki yang diperolehi cukup banyak. Ini juga ada kaitan dengan halal dan h4ram rezeki yang kita perolehi dan perlakuan kita terhadap Allah Maha Pemberi Rezeki.

Sama ada disedari atau tidak, kadangkala kita melakukan d0sa besar atau d0sa kecil secara berterusan tanpa ada ingatan untuk memberhentikannya. Kita mengingkari perintah Allah SWT sedangkan pada masa yang sama kita meminta Allah SWT memberikan rezeki kepada kita. Perhatikan diri kita, apakah d0sa besar dan d0sa-d0sa kecil yang kita lakukan sehinggakan apa yang kita minta daripada Allah SWT terhijab?

Buktinya, perhatikan ayat al-Quran dalam surah al-A’araf ayat 96, Allah SWT mengingatkan hamba-Nya yang bermaksud :

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendust4kan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami s3ksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (surah al-A’araf, ayat 96)

Punca rezeki terhijab

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang. Rezeki Allah SWT hadir dalam pelbagai bentuk. Sihat, udara, makan minum, tempat tinggal, jodoh, anak, negara yang aman, keluarga yang baik, ibu dan ayah, hikmah, kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang bekerja dan lain-lain. Antara sebab mengapa rezeki seseorang dihijabkan atau dis3mpitkan antaranya adalah seperti berikut:

  1. Banyak berbuat m4ksiat dan mengingk4ri perintah Allah SWT.
  2. Melakukan d0sa besar atau d0sa kecil secara berterusan tanpa ada ingatan untuk memberhentikannya.
  3. Gemar m3ngungkit-ungkit pemberian.
  4. Asyik menc4nang atau meng3luh perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  5. B4khil, ked3kut dan berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
  6. Terlalu berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik. Contohnya seperti membersihkan surau atau bergotong royong dalam komuniti masyarakat.
  7. Ri4k apabila bersedekah.
  8. Kurang ber1stighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
  9. Tidak bersyukur dan banyak meng3luh.
  10. Ab4ikan isteri, keluarga serta ibu bapa.
  11. Memutuskan sil4turrahim sesama muslim.
  12. Tidak menunaikan z4kat.
  13. Suka m4rah dan p4nas b4ran.
  14. Suka bangun l3wat dan lupa pada Pemberi Rezeki.
  15. Banyak tidur.

Kadang-kadang kita sibuk bekerja siang dan malam. Selepas habis waktu bekerja, berniaga pula menjual burger, atau berniaga secara sambilan atas talian atau melalui multi level marketing dengan mencari dan mengejar pelanggan dan sebagainya tetapi meningg4lkan solat lima waktu yang wajib kerana mahu mengejar masa. Meningg4lkan solat fardhu merupakan d0sa besar kerana solat ialah tiang agama. Apabila tiang tidak ditegakkan, bagaimanakah bangunan hendak berdiri kukuh?

Tidak ada gunanya bekerja siang dan malam dengan tujuan untuk menambahkan rezeki tetapi kita meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan? Bagaimanakah Allah SWT mahu menunaikan kewajipan-Nya jika kita sendiri tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT? Bagaimanakah doa kita hendak dimakbulkan Allah?

Walaupun kita melihat seseorang yang hidupnya dilimpahi rezeki dengan kem3wahan dan k3kayaan, tetapi adakah hidup mereka tenang? Tidak ada siapa yang tahu jika hati seseorang yang dilihat senang tetapi sebenarnya sus4h hati, bimbang h4rta akan berkurangan, suasana rumahtangga berg0lak tetapi hakikatnya b4tin tersiks4.

Sebagai seorang muslim, kita sewajarnya tahu apakah d0sa-d0sa besar yang tidak sepatutnya kita lakukan dan d0sa-d0sa kecil yang sepatutnya kita tinggalkan. Meskipun kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kes4lahan, tetapi elakkanlah daripada melakukan apa sahaja bentuk perbuatan yang boleh mengundang d0sa. Doa-dosa itulah yang menjadi h4langan untuk kita memperolehi rezeki.

Pastikan apa juga perbuatan yang hendak kita lakukan bertujuan untuk memperolehi kemurahan rezeki, biarlah berupa kebajikan dan memberikan manfaat kepada orang lain. Jadilah seorang yang pemberi dan jangan mengharap menjadi seorang yang meminta-minta.

Amalan menjemput rezeki

Ayuhlah kita berubah dengan meninggalkan apa sahaja perkara yang dil4rang di dalam agama dan lakukanlah apa yang Allah SWT perintahkan. Berikut adalah amalan-malan baik yang menjemput rezeki.

  1. Amal m4kruf n4hi mungk4r
  2. Solat awal waktu
  3. Melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, tahajud, taubat, hajat dan sebagainya.
  4. Sentiasa berzikir dan istighf4r.
  5. Niat yang baik.
  6. Berbakti kepada ibu bapa.
  7. Selalu bersedekah.
  8. Menjaga kebersihan.
  9. Permudahkan urusan orang, jangan dip3rsulitkan.
  10. Merapatkan silaturrahim.

Timbul persoalan, si polan sering melakukan m4ksiat dan ingk4r perintah Allah, berdoa pun tidak pernah tetapi hidupnya dilimpahi kem3wahan dan k3kayaan; bagaimanakah Allah boleh memberikan rezeki? Ini termasuklah kepada orang yang k4fir dan tidak beriman kepada Allah.

Hadis daripada Muslim ini menjelaskan persoalan di atas. Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya apabila orang-orang k4fir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikan disimpan Allah SWT untuknya di Akhir4t kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”

Perlu diingatkan, apa yang mereka perolehi itu hanyalah kem3wahan sementara di dunia sebagai satu ujian sedangkan di Akhir4t mereka mend3rita. Ada yang namanya Islam, berbuat kemungk4ran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Ketahuilah itu nikmat yang paling az4b di kemudian hari dan dipanggil ‘istidr4j’.

Rezeki yang diperolehi tanpa keberk4tan akan mer0sakkan diri sendiri. Marilah kita berubah agar rezeki kita masuk tidak putus-putus, semoga rezeki kita berk4t dan semoga amalan-amalan kita diterima oleh-Nya.

Sumber artikel: encikshino.com

Sumber video: B-PRAST HD

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!