Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

5 ADAB MUDAH MASUK RUMAH BARU menurut ISLAM

Published

on

5 ADAB MUDAH MASUK RUMAH BARU menurut ISLAM. Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Bersyukur kita masih dapat melihat keindahan alam ciptaan-NYA dan masih bernafas secara percuma. Rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Sama ada ianya rumah baru ataupun rumah lama, tetap saja kita bersyukur.

Tuan puan dah beli rumah dan nak berpindah. Ini sedikit tips tentang adab masuk rumah baru menurut Islam.

Ada Ke Adab Tertentu Untuk Masuk Rumah Baru?

Nabi SAW tidak mensyariatkan sebarang amalan khusus semasa berpindah ke rumah baru.

Ini diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah. Adab memasuki rumah baru ni sama dengan masuk rumah lama sekalipun.

Adab Masuk Rumah Baru

1) Berdoa & Solat Hajat

Ulama’ menqiaskan supaya berdoa apabila ke tempat atau rumah baru. Ini boleh dilakukan melalui cara solat hajat.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

2) Memberi Salam

Adalah disunatkan untuk memberi salam tak kira rumah baru atau lama. Salam diberikan sekalipun rumah tidak berpenghuni.

Kalau rumah tidak ada orang, maka berilah salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

3) Membaca Bismillah

Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, sy4itan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

4) Membaca Al-Quran

Seterusnya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Surah Al-Baqarah adalah pendinding rumah seperti sabda Nabi s.a.w :

“Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya sy4itan / j1n akan lari dari suatu rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al Baqarah” (HR. Muslim).

5) Kenduri Kesyukuran

Nabi SAW tidak pernah meriwayatkan keperluan untuk membuat kenduri kesyukuran. Ni jauh beza dengan amalan masyarakat Melayu.

Dr Khalid Basmalah menyebut, kenduri kesyukuran ni boleh dilakukan. Namun jika pelaksanaannya menjadi beban, eloklah diringankan.

Penutup

cikguking: Semoga perkongsian kali ini memberi seribu manfaat buat anda semua. Mudah-mudahan dengan amalan ni kita akan lebih diberkati Allah. InsyaAllah. Jangan lupa untuk kongsikan jika ianya memberi manfaat buat kita semua.

Sumber artikel: arifhussin.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!