Connect with us

TERKINI

TERKINI : Ribut solar hent4m Bumi tengah malam ini

Published

on

LONDON – Satu fenomena ribut solar dijangka melanda Bumi hari ini yang berpotensi menyebabkan masalah-masalah utama kepada grid elektrik, lapor akhbar The Sun hari ini.

Menurut Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA), fenomena tersebut diramal sampai ke Bumi sekitar pukul 12 tengah malam ini.

“Ia diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik yang kecil dan sederhana.

“Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari lubang korona tiba dan mungkin meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif,” katanya.

Ribut solar berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar Matahari yang digelar Lontaran Massa Korona (CME). Ia merupakan satu pengusiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona.

Suar Matahari tersebut boleh memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan mengganggu signal radio.

Bagaimanapun, medan magnetik Bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih ekstrem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.

Sementara itu, Pejabat Meteorologi Britain menasihatkan orang ramai agar tidak panik. – AGENSI

Sumber: www.kosmo.com.my
admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!