Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

3 KESILAPAN TANPA SEDAR ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadikan mereka jauh dari kita apabila dewasa

Published

on

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.

Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang c4cat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.

Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.

Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-Bandingkan

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.

Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.

Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.

Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan c3mburu dan ir1 hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.

Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang mem4rahi anak.

Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

Cuba lihat contoh perbualan dibawah:

Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”

Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.

Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”

Ini adalah contoh yang tiada langsung unsur perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.

Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. m4las betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.

Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila m4rah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah m4las, d3gil pula!”

Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.

Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.

Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.

Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan m4rah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.

Tidak salah mem4rahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan m4rah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh m4rah secara melulu sahaja.

Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan am4rahnya ketika dia m4rah.

Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.

Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat. Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.

Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru mem4rahinya.

Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru m4rah?” Anak memberitahu yang dia dim4rahi guru kerana meng3jek, mengusik, memvkul ataupun mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera m4rah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru mem4rahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali s4kit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.

Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa p4dah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar

Oleh itu, jangan mem4rahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.

Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.

4 KESILAPAN LAIN AKAN DISAMBUNG DALAM ARTIKEL AKAN DATANG (PART 2)

Sumber artikel: tudungsicomel.com

Sumber video: Nasihat Ustazah

Semoga kita tergolong dalam golongan ibu bapa yang tidak melakukan kesilapan-kesilapan yg mend3ra emosi anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ada 4 lagi kesilapan ibu bapa dalam artikel akan datang.

PERHATIAN: Pihak cikguking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak cikguking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!