Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

NAFKAH ISTERI tidak termasuk duit belanja dapur, SUAMI jangan buat-buat tak tahu pula

Published

on

Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

Ini jelas berdasarkan firman Allah:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Surah An Nisa, ayat 24”

Rasulullah juga pernah ditanyakan mengenai apa hak isteri ke atas suami, lalu Baginda menjawab:

“Memberinya makan apabila kamu makan, dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian” (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud)

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ianya merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud Sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumah tangga yang sering berlaku ini dapat dielakkan.

Nafkah yang wajib suami sediakan untuk isteri-isteri adalah seperti berikut:

  • Makan & Minum isteri.
  • Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan, jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
  • Duit belanja dapur.
  • Peralatan mandian
  • Ubat ubatan/medical
  • Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain.
  • Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

PETIKAN KULIAH USTAZ FAWWAZ

Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur?

Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan d0sa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Begitulah perkongsian oleh Ustaz Fawwaz berkaitan 5 Nafkah yang wajib suami bagi kepada isteri untuk melangsaikan segala kewajipannya terhadap isteri.

Tugas si suami bukanlah memperhambakan si isteri, malah menjaga si isteri dan mengawal si isteri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam, sekiranya si suami berkahwin lebih dari seorang isteri, bermakna si suami perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya.

Jangan ambil mudah akan perkara ini, pada zaman ini, senang-senang sahaja si isteri pula yang diarah untuk mencari nafkah buat keluarga, walhal si suami goyang kaki sahaja di rumah. Menurut hadis Rasulullah, para suami yang wajib menanggung perbelanjaan makan minum serta pakaian isteri dan juga anak-anak.

Nafkah di sini membawa maksud menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak. Tidak kira lah kalau hari-hari lauk yang sama ke, ianya tetap dikira sebagai nafkah. Wang belanja harian juga perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai mengikut kemampuan. Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai kepada isteri tanpa sebarang sebab munasabah juga sudah dikira melakukan keganasan kewangan kepada isteri, tambah-tambah lagi kalau isteri seorang suri rumah.

Sekiranya si isteri juga seorang yang berkerja, mereka juga berhak mendapatkan nafkah dua persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut, pakaian dalam, tudung, dan lain-lain dalam setahun.

Namun, jika si suami enggan memberi nafkah kepada si isteri, si isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga. Hal ini dibenarkan oleh syarak. Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan kamu dengan cara yang makruf” (Hadis direkodkan oleh Imam Al Bukhari)

Sekiranya si isteri berdepan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai bagi menampung perbelanjaan yang sewajarnya, malah si isteri juga sudah meringankan beban d0sa suami di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Ianya sudah jelas menunjukkan bahawa pemberian nafkah daripada si suami kepada isterinya adalah menjadi perkara yang wajib, tetapi, mengapa masih ada lagi yang mengambil perkara ini sambil lewa sahaja sedangkan ini adalah salah satu tuntutan di dalam Islam? Wallahualam. Jadi, untuk bakal suami dan para suami di luar sana, tolong ambil serius akan perkara ini, kerana anda juga yang akan terbeban dengan d0sa ini di akhirat nanti. Memang nampak mudah, tetapi, jangan sesekali ambil mudah!

Sumber dan kredit artikel: baitulmuslim.com

Sumber dan kredit artikel: mediamaklumat.com

Sumber video: Dominick Reyes

PERHATIAN: Pihak cikguking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak cikguking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca tolong like dan share supaya lebih ramai dapat manfaat dan diampuni segala d0sa-d0sa..

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!