Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

NOTA MUDAH ASAS TAJWID AL-QURAN..

Published

on

Belajar ilmu tajwid merupakan perantara bagi kita untuk membaca Al-Qur’an yang baik dan benar. Terlebih lagi membaca Al-Qur’an merupakan ibadah tersendiri bagi para pembacanya. Namun, untuk membaca Al-Qur’an yang baik dan benar, kita perlu belajar ilmu tajwid.

Apa itu ilmu tajwid?

Menurut Syekh Thaha ‘Abdur Rouf Sa‘d dalam Nihayatu Qaulil Mufid, mempelajari tajwid itu membutuhkan keterampilan dalam 4 hal. Pertama, keterampilan memahami makhraj huruf atau tempat artikulasi. Kedua, keterampilan memahami sifat-sifat huruf. Ketiga, keterampilan memahami hukum-hukum bacaan, seperti iqlab, izhar, dan sebagainya. Keempat, melatih mulut untuk terus mengulang-ulang bacaan Al-Qur’an sesuai arahan dari guru yang mumpuni.

1. Idzhar Halqi

  • Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong.
  • Izhar bermaksud mengeluarkan sebutan huruf daripada makhrajnya tanpa tambahan pada dengung.
  • Huruf-hurufnya: 6 huruf yang keluar daripada kerongkong.

  • Tanda-tanda bacaan: Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.
  • Cara bacaan: Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf ن) dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut. Hendaklah berhati-hati agar tidak berlaku saktah.

2. Idgham Ma’al ghunnah

  • Idgham bererti memasukkan atau menggabungkan.
  • Idgham Ma’al Ghunnah bermaksud menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta dengung.
  • Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja. Huruf-hurufnya: ي و ن م
  • Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
  • Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya dengan didengungkan.
  • Contoh:

3. Idgham Billaghunnah

  • menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung.
  • Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja. Huruf-hurufnya: ﺮ ﻞ
  • Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari. Terdapat tanda sabdu pada huruf ﺮ atau ﻞ yang berikutnya.
  • Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara huruf ra’ atau lam tidak dipanjangkan untuk mengelakkan suara dengung.
  • Contoh:

4. Iqlab

  • bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau tanwin kepada sebutan mim م berserta dengung.
  • Hurufnya hanya satu: ب
  • Cara Bacaan: Sebutan hendaklah didengungkan dengan merapatkan dua bibir.
  • Tanda-tanda Iqlab: Mempunyai tanda م kecil di atas nun sakinah dan huruf م kecil mengganti baris kedua tanwin.
  • Contoh:

5. Ikhfa’ Haqiqi

  • bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan idgham; tanpa sabdu berserta dengung pada huruf yang pertama.
  • Huruf-hurufnya: ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
  • Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
  • Cara bacaan: Meletakkan lidah berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya; sebahagian besar suara didengungkan dan sebahagian kecil suara keluar daripada mulut. Melainkan huruf ك dan ق yang didengungkan sepenuhnya kerana makhraj kedua huruf tersebut tertutup rapat.
  • Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut.
  • Lafaz ikhfa’ yang fasih akan menghasilkan bunyi dengung yang berbeza mengikut makhraj huruf yang berikutnya dan pendengar dapat mengetahui apakah huruf yang bakal disebut.
  • Contoh:

6. Ikhfa’ Syafawi

  • Menyebut huruf di antara sebutan izhar dan idgham tanpa sabdu dan mengekalkan dengung pada huruf yang pertama.
  • Dikenali dengan melihat huruf mim yang tidak berbaris  م  diikuti dengan huruf   ب  yang berbaris.
  • Sebutan hendaklah didengungkan dengan merapatkan dua bibir.
  • Huruf ikhfa’ syafawi hanya satu sahaja iaitu huruf   ب.

7. Izhar Syafawi

  • Mengeluarkan sebutan huruf daripada makhrajnya tanpa tambahan pada dengung.
  • Huruf-hurufnya: 26 huruf selain dari huruf mim (م) dan ba (ب).
  • Dikenali dengan melihat pada mim yang bertanda sukun di atasnya bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).
  • Merapatkan kedua-dua bibir dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut.

8. Idgham Mislain

  • Memasukkan huruf yang sakinah ke dalam huruf yang berbaris; menjadi satu huruf yang bersabdu seperti huruf kedua dan menyebut kedua-dua huruf itu daripada makhraj yang sama.
  • Tanda-tanda bacaan: Dikenali dengan melihat huruf mim yang tidak berbaris diikuti dengan huruf mim yang bersabdu.
  • Dibaca dengan merapatkan bibir dan didengungkan.
  • Hanya satu huruf sahaja iaitu huruf م.

 

Sumber artikel: tajwid-asas.blogspot.com dan bincangsyariah.com

Sumber Video: islam agamaku

Cikguking: Ya Allah, sampaikanlah ilmu yang bermanfaat ini kepada seluruh umat Islam dan sampaikanlah pahala kepada semua yang memberikan ilmu, yg belajar ilmu, yg menyebarkan ilmu dan kepada ibu bapa mereka juga asbab menyampaikan sesuatu yg bermanfaat untuk agama-MU Ya Allah..Permudahkanlah segala urusan mereka yang ingin mempelajari Kitab-MU Ya Allah…Aamiin…

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!