Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

NAK MASUK ” SYURGA ” AMALKAN SATU AYAT ALQURAN INI SELEPAS SOLAT.

Published

on

CARA MUDAH MASUK SYURGA, JOM AMALKAN

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan m4ti.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie .

Ayat Kursi juga disebut sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Beberapa kelebihan lain membaca ayat kursi ini:

1. Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syait4n dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiam4t ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

2. Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakir4n di depan matanya”.

3. Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejah4tan syait4n dan kejah4tan pembesar.”

4. Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

5. Rasullullah S. A. W. bersabda bermaksud : “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Apa ada pada ayat Kursi?

Di dalam surah al Baqarah ayat 255, ayat kursi disebut sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Ayat kursi diturunkan selepas berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. Dan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syait4n dan ibl1s yang sudah berjanji untuk menyesatkan umat hingga ke akhir zaman juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang akan menjadi halangan dalam perjuangan mereka (sebab itulah dalam cerita-cerita Melayu, banyak menunjukkan pengamal perubatan membaca 1suratul kursi ketika “pertembungan” dengan j1n dan sy4itan dalam usaha menghapuskan / membakar mereka).

Selepas turunnya ayat kursi ini, maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya. Antara lain seperti dikongsikan dalam blog Shafiqolbu ayat ini disebut “Ayat Kursi” kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Membawa maksud, Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

SUMBER : www.remaja.my
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!