Connect with us

PENGETAHUAN

Ikan ‘Rare’ Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Timbulkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik

Published

on

Penduduk di Pantai Newport, California dikejutkan dengan penemuan seekor ikan aneh yang sangat jarang dilihat dan ditemui terdampar di pantai. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben Estes terkejut besar saat menemui ikan yang rare itu dan segera memaklumkan penemuan tersebut kepada penjaga taman negara Crystal Cove State Park.

 

Tidak lama kemudian, spesis ikan tersebut dikenalpasti sebagai ikan yang berasal dari laut dalam dari spesis Angler dan dikenali sebagai ‘Footballfish’.

Keberadaan ikan tersebut di permukaan air dan terdampar di pantar adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku dan diluar kebiasaan kerana ikan ini tinggal di laut dalam iaitu di kedalaman yang lebih dari 3,000 kaki di bawah permukaan laut.

Ikan angler Pasifik memiliki ciri-ciri yang unik kerana ia memiliki unjuran seperti joran pancing di atas kepalanya yang berfungsi sebagai umpan yang boleh mengeluarkan cahaya bioluminescent untuk menarik mangsa dalam suasana laut dalam yang gelap.

Penemuan itu juga menimbulkan keresahan dikalangan netizen kerana amat jarang ikan dari laut dalam boleh berakhir di pantai.

Ada yang berpendapat ianya bukan petanda yang baik apabila ikan laut dalam ditemui boleh muncul di pantai kerana ianya mungkin bermaksud habitat mereka sudah tidak selamat untuk didiami.

sumber : nangtime.com

admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!