Connect with us

TAULADAN

Video : Nenek Pengutip Sampah Sedekah RM tigaribu Untuk Qurban Tahun Ini, Hasil lima Tahun Menyimpan – My Sumber Maya

Published

on

Jika kita merasa kehidupan menghimpit kita, kisah ini mampu menyedarkan kita dari lamunan itu. Walaupun serba kekurangan nenek berusia ini sanggup mendermakan wangnya untuk kegembiraan orang lain. Pengorbanan seorang warga emas yang berusia lebih dari 60 tahun ini membuatkan semua orang terkejut. Ini merupakan kisah seorang warga emas bernama Sahnun yang menetap di Mataram Lombok Indonesia.

Selain itu, warga emas ini bekerja sebagai pemungut sampah setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Walaupun telah berusia lebih dari 60 tahun, beliau gigih bekerja mengutip botol-botol untuk dijual sejauh 3 kilometer. Beliau yang sanggup berjalan sehingga 3 kilometer jika hasilnya pada hari itu tidak mencukupi.

Beliau yang gigih keluar mencari rezeki setiap hari sering menumpang tidur dan menyara kehidupan dengan menjual hasil kutipannya. Apa yang menarik adalah beliau menyumbangkan wang sejumlah 10 juta Rupiah (~RM3,000) kepada masjid untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Menurut wakil dari Masjid berkenaan, dengan duit sumbangan dari nenek Sahnun bolehlah mereka membeli seekor lembu saiz sederhana untuk Qurban tahun ini. Pihak masjid juga terkejut apabila menerima sumbangan dari nenek Sahnun yang merupakan satu jumlah wang yang banyak.

Mereka seakan tidak percaya nenek Sahnun begitu bermurah hati mendermakan duitnya untuk masyarakat disitu. Ketika ditemuramah, nenek Sahnun juga tidak ingat bila dia mula menyimpan duit itu dan hanya mengingati beliau telah lama melakukannya. Biarpun sering berpakaian lu suh, namun sifat nenek Sahnun yang jujur dan ikhlas ini patut kita contohi. Kisah ini patut dijadikan teladan dan inspirasi kepada semua. Semoga ia mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua.

Sumber: Apakataorang

via : mysumbermaya.com

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!