Connect with us

TAULADAN

Pengakuan PETINJU MIKE TYSON ‘Sering Melihat $yaitan Di Gereja dan Masjid’ Selepas Memeluk Islam

Published

on

Pengakuan PETINJU MIKE TYSON ‘Sering Melihat $yaitan Di Gereja dan Masjid’ Selepas Memeluk Islam

Petinju profesional, Mike Tyson mendedahkan pandangannya mengenai agama Islam setelah menjadi seorang Muslim, dan mendedahkan bahawa beliau mula melihat “sy@itan” di gereja dan masjid.

Menerusi wawancaranya di SirisXM radio, Mike menyatakan bahawa manusia seharusnya memiliki direct relationship dengan Tuhan.

“Saya tidak begitu mengerti tentang agama dan tuhan sampai saya tua. Kini saya memiliki pandangan yang lebih baik untuk Tuhan daripada sebelumnya.”– ujar Mike

Kerap Melihat “Sy@itan” Di Gereja & Masjid

Petinju ini turut mendedahkan bahawa beliau kerap melihat “sy@itan” setiap kali melihat gereja dan masjid.

“Semua ini agak rum!t kerana setiap kali saya melihat gereja dan masjid, semakin kerap saya melihat sy@itan. Kita harus berurusan dengan Tuhan secara langsung dari hati, bukan melalui orang lain. Tidak ada yang boleh menjadi wakil Tuhan.”– tambahnya lagi

Syukur Menjadi Seorang Muslim

Sebagai info, Mike telah memeluk agama Islam ketika berada di penj@ra pada tahun 1990-an dan turut mempunyai nama Islam, iaitu Malik Abdul Aziz.

“Saya bersyukur menjadi seorang Muslim. Allah tidak perlukan saya, saya perlukan Allah.”– ujar Mike

sumber: murai via kalamindah.com

cikguking: Semoga Mike diberikan keteguhan iman dan terus istiqamah dengan Agama Islam. Semoga urusan dunia dan akhiratnya juga dipermudahkan oleh Allah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!