Connect with us

TERKINI

SEB4K!!! 13 tahun hidup menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam, malam berteman cahaya lilin

Published

on

Sudah 13 tahun menghuni stor barang, makan nasi berkuah air garam !!

Kuala Krai: Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.

Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cek4l meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.

Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menvmpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kem4tian kedua orang tuanya.

“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.

“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.

Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makanannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.

Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terputus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.

“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.

“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditenggelami banjir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyelamatkan diri.

Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

Bagi yang ingin membantu Ismail boleh menghubunginya di talian 013-8070796.

Sumber: hmetro.com

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di E-akhbar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!