Connect with us

PENGETAHUAN

INi Biodata PM ke – 9. RUPANYA PM- ke 9 bapa kepada seorang artis Terkenal.

Published

on

Selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di ketika negara kita masih bergelut dengan pandemik COVID-19, teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas sebagai peneraju negara masih tidak menemui penghujung.

Beberapa nama ahli parlimen menjadi bualan masyarakat dan sesetengahnya mendapat sokongan yang agak kuat dari banyak pihak, antaranya termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan biodata ringkas Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kehidupan awal dan pendidikan

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960, Datuk Seri Ismail Sabri mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967.

Beliau kemudiannya menyambungkan pengajian di Sekolah Menengah Air Putih di Kuantan pada tahun 1973, Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada tahun 1976 dan pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik.

Datuk Seri Ismail Sabri melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang di mana tajuk bagi tesis Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) beliau adalah “Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia”.

Memulakan kerjaya sebagai seorang peguam pada tahun 1985 di usia 25 tahun, Datuk Seri Ismail Sabri kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada tahun 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada tahun 1996.

Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik.

Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tenggara Pahang (DARA) pada tahun 1995 dan Ahli Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama.

Sebelum memasuki Parlimen pada tahun 2004, Datuk Seri Ismail Sabri berkhidmat sebagai Pengerusi Kompleks Sukan Negara.

JAWATAN DALAM KERAJAAN:

2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan

2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan

2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2020-2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)

Timbalan Perdana Menteri

JAWATAN DALAM POLITIK:

1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh

1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh

1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh

2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh

2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh

2019 : Ketua Pembangkang

2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO

WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB juga mempunyai seorang anak yang pernah terkenal sebagai penyanyi “Bila Terasa Rindu” – DAFI.

Gadaffi bin Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi (dilahirkan pada 14 Disember 1988) merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada YAB Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.

Beliau boleh dikatakan sebagai pelajar AF yang bertuah. Sejurus selepas tersingkir, Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM2.[1] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul.[1]

Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU.[1] Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[3]

Dafi telah berkolaborasi dengan Shila dari One in a Million dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini.

Sumber: iluminasi.com

Video: YT Dafi Official

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!