Connect with us

TERKINI

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebenarnya bukan keturanan biasa-biasa !!!

Published

on

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah anak kepada seorang ulamak, Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ( 1902 – 1975 )


Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari.
Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.
Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :
1. Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
2. Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Beliau diriwayatkan berasal daripada Siak, Sumatera, Indonesia di mana telah lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia semasa berumur 73 tahun.
Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan mempunyai 46 orang anak, hasil perkongsian hidupnya dengan 4 orang isteri iaitu Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim yang merupakan ibu kandung Tan Sri Dato’ Muhyiddin berasal dari Jorak , Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah yang hebat sebaris dengan ulama-ulama terkenal seperti Tok kenali di Kelantan. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar, Masjid Sungai Mati Muar dan mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin kebanyakkannya mengajar menggunakan kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.
Untuk pergi mengajar beliau menaiki kereta yang dipandu oleh anaknya sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak beliau yan tertua dari isteri yang pertama.
Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Md. Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar dan Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri.
Dari segi pendidikan beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi.
Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,
“Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.”
Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Osman bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan mempunyai pengikut yang bertaburan di serata negeri Johor.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber – Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
Kredit: Tengku Yusuff

Via : Sejarah Muar

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!