KASIH SAYANG
Emosi Anak Dipengaruhi Corak Didikan Mak Ayah

Emosi anak-anak sering berkait rapat dengan persekitaran yang berada di sekeliling mereka terutama ibu bapa. Dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia asas utama yang diperlukan adalah ketenangan hati yang memunculkan emosi ceria dan gembira dalam diri ibu dan ayah lalu membentuk persekitaran keluarga yang juga ceria dan bahagia. Tenang adalah sifat orang beriman.
Emosi Terburu-Buru
Tenang berasal daripada perkataan “amana” yang juga merupakan kata dasar kepada iman. Lawan kepada sifat tenang adalah terburu-buru. Mengapa manusia menjadi tidak tenang atau terburu-buru?
Menurut Ibnu Qayyim, sifat terburu-buru ini berlaku apabila keinginan untuk mendapatkan sesuatu sebelum tiba waktunya oleh kerana besarnya keinginan seseorang itu terhadap perkara tersebut.
Ingat Allah Sentiasa
Untuk kekal dalam tenang, seorang mukmin harus sentiasa mengetahui posisinya selaku hamba Allah yang setiap urusan-Nya terletak pada tangan Allah SWT. Sifat sabar dan reda adalah kunci utama kepada ketenangan.
Caranya ialah dengan sentiasa mengingati Allah. Hal ini diabadikan dalam Quran dalam surah Ar-Ra’du yang berbunyi: (Iaitu) orang –orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang”
Dalam konteks mendidik anak, kita sering meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada setiap anak-anak kita. Walaupun usia anak masih kecil, kita berharap anak sudah pandai makan tanpa menyepahkan makanan. Kemudian anak mampu memahami bahawa ayah memerlukan keadaan yang tenang untuk menyiapkan kerja.
Anak Tak Dapat Sempurnakan
Semua keadaan ini tidak dapat difahami dengan mudah dan jika dapat difahami sekali pun belum tentu mereka boleh menyempurnakan setiap keinginan ibu ayah itu sebagaimana yang diharapkan. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa yang sedar akan kemampuan semasa anak-anak dengan keadaan fitrahnya akan tahu meletakkan keinginannnya bersesuaian dengan keadaan anak-anak pada waktu tersebut.
Sabar Dan Rela
Satu lagi aspek yang harus difahami adalah hakikat diri insan yang amat bergantung kepada Allah SWT dalam segenap hal ehwal kehidupannya. Memahami hakikat ini meletakkan kita dalam keadaan yang sabar dan redha dalam setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita termasuk dalam hal mendidik anak-anak.
Contohnya, jika anak tidak memberikan tindak balas yang baik terhadap arahan ibu ayah, ibu akan cuba melihat daripada posisi kemampuan anak-anak dan ketentuan Allah SWT yang mungkin belum mengizinkan sesuatu itu untuk berlaku pada ketika itu.
Jadi ibu akan menjadi lebih sabar dan tenang dalam menguruskan keadaan tersebut. Sekali gus akan memunculkan emosi yang baik dalam persekitaran keluarga tersebut.
Hubungan Tegang Keruhkan Hubungan
Sebaliknya jika ibu amat bergantung kepada keinginannya yang menggunung agar anaknya sentiasa patuh dan mengikut arahan contohnya, dan perkara itu tidak berlaku sedemikian, sudah pasti ibu akan menjadi marah dan kecewa lantas memarahi anak tersebut. Ketegangan yang kerap berlaku dalam keluarga bukan sahaja mengeruhkan hubungan ibu dan anak malah dalam keadaan anak-anak yang sedang membina kepercayaan dalam hubungan, perkara ini mungkin sukar untuk diperteguhkan.
Sesuai dengan status dunia sebagai tempat ujian. Maka segenap hal yang berlaku di dalam kehidupan kita disini adalah ujian untuk melihat tahap kebergantungan kita kepada-Nya. Jika kita mengetahui matlamat yang ingin dicapai, insya-Allah kita akan dapat menghadapi setiap ujian ini dengan sabar dan reda.
Emosi Ceria Diterap Dlam Keluarga
Oleh yang demikian, kita akan lebih menghargai setiap saat kita bersama keluarga dan melihat setiap perkara yang terjadi dalam mendidik keluarga ini adalah bergantung kepada ketetapan Allah dan akan cuba sedaya mungkin untuk bersabar dan reda dengan setiap perkara. Pokok pangkalnya, usaha harus mengiringi kebergantungan tersebut.
Rakan penjaga yang dihormati, emosi yang baik dan ceria harus diterapkan dalam keluarga. Di sinilah asas kefahaman anak-anak tentang hubungan dan kepercayaan akan terbentuk. Apabila tayangan dan contoh yang baik sentiasa dilihat dalam persekitarannya, begitu jugalah faham keluarga yang akan wujud dalam minda mereka seterusnya membentuk amalan dan tingkah laku mereka.
Sedaya mungkin kita ingin generasi anak-anak kita mengamalkan amalan-amalan yang baik menuruti syariat sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w dalam keluarga mereka. Oleh yang demikian, kitalah yang harus meletakkan penanda aras tersebut dalam keluarga kita dahulu. Moga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk dan taufik-Nya dalam kehidupan kita, insya-Allah.
Kesimpulan
Ibu bapa wajib faham tentang ilmu parenting bagi memastikan keluarga yang dibina sentiasa berada dalam ketenangan dan kedamaian walaupun mempunyai anak yang ramai. Jika semua ibu bapa mahir dalam ilmu ini sudah pasti dapat diaplikasi dalam kehidupan berkeluarga.
Anak-anak yang lahir juga akan menjadi seorang insan yang hebat dengan didikan mak ayah yang hebat. Tepuk dada kita masing-masing, acuan yang bagaimanakah yang perlu kita gunakan untuk mencorakkan keperibadian anak-anak kita dewasa kelak. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mak ayah diluar sana. Sila kongsikan kepada saudara, kawan-kawan untuk diterapkan dalam diri masing-masing. Terima kasih
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad (USIM) via mingguanwanita.my
Sumber youtube: Prof Dr Muhaya
-
KASIH SAYANG2 years ago
Neel0fa Cuba Bantu Tapi Tid4k Diterima, Ini Sebab Peniaga Burg3r T4k Mahu Terima Bantuan Neel0fa
-
KESIHATAN3 years ago
HANYA KERANA BUAH PISANG ANAK INI MASUK WAD!!
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Macam Mana Mahu Tahu Di Rumah Ada Satu ‘Gangguan’, Ustaz Ini Mengajar Caranya
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum tidur, PAGAR RUMAH DENGAN amalan ini
-
TAULADAN3 years ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum Tidur Baca Doa Ini Agar Diturunkan Rezeki Melimpah
-
KASIH SAYANG3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
KASIH SAYANG3 years ago
Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku