Connect with us

TAULADAN

MENITIS AIR MATA “Allah sayang papa”

Published

on

berat mata memandang, berat lagi orang memikul.. sebak !!

“Allah sayang papa. Ini ialah ujian. Mama sayang papa. Mama nangis sampai semput. Orang pun nangis. Orang sayang papa.”

Itulah luahan hati anak sulung Allahyarh@m Norizuwan Omar, 34, Adriana Darsya, 10, sejak arwah meningg@l dunia akibat pandemik

C0vid-19 pada awal pagi Isnin lalu.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Tanjung Kling dekat sini itu melakarkan luahan hati sanubarinya dengan menggunakan pensel dan kertas kerana terlalu merindui arw@h bapanya.

Ibunya, Nurhaffizzah Jamal, 34, berkata sejak pemergian Norizuwan yang dipanggil papa, Adriana menghabis waktu dengan menulis dan melukis.

“Adriana meluahkan rasa hatinya melalui pensel dan kertas bagi melakarkan betapa dia amat kasih akan arwah bapanya.

“Dia juga melukis gambar arwah, saya, dia dan adiknya, Aleesya Qaisarah berusia enam tahun, sebelum mengguntingnya untuk dilekatkan pada buku.

“Saya terpaksa menjelaskan kepadanya papa sudah tiada dan tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya dan dia nampak memahaminya,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling hari ini.

Nurhaffizzah dan dua anaknya menjalani kuarantin kendiri sejak kelmarin hingga 28 Ogos ini.

Norizuwan meningg@l dunia selepas mengadu sak!t dada di kediamannya kira-kira jam 6.50 pagi Isnin lalu selepas disahkan positif C0vid-19 pada 4 dan 6 Ogos lalu tetapi hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Pada peringkat awal, arwah dilaporkan hanya mengadu sak!t dada tetapi mengalami batuk yang tervk dan sak!t dada semakin serius pada jam 6 pagi Isnin lalu sebelum menghembusk@n nafas terakhir.

Covid is real.. mari sedekah al fatihah buat semua yang telah meningg@l dunia. Al-Fatihah.

Sumber: msn.com

sumber gambar : google image

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!