Connect with us

TAULADAN

LAFAZKAN I LOVE YOU.. SEBELUM HILANG DI DEPAN MATA

Published

on

LAFAZKAN I LOVE YOU.. SEBELUM HILANG DI DEPAN MATA

Pasangan bahagia Shuib dan Siti Sarah Siapa sangka segalanya berlaku dalam tempoh masa singkat. Pemergian penyanyi ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah menjadi pasangan contoh kepada golongan muda

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut posting usahawan, Bonda Rozita Ibrahim, Shuib dan Siti Sarah adalah contoh terbaik buat anak muda. Dia melihat betapa bahagianya hidup penyanyi ini dan ikhlas menerima suami seadanya.

Malah, Siti Sarah menjadi tulang belakang utama dalam menjayakan perniagaan keluarga mereka.

Pemerga!n Sarah sangat terasa sehingga mencengk@m jiwa keibuan, saya terbayangkan jika dia anak saya, bagaimana hancurnya hati apabila melihat cucu dan menantu saya menguruskan kehidupan selepas pemerg!annya.

Allah tarbiah kita dalam kesedih@n orang lain. Ambil iktibar, perbaiki diri dan keluarga. Kalau kita buat baik pada keluarga, pemergi@nnya kita tidak kesal sebab kita dah buat yang terbaik untuk dia.

Sentiasalah berbuat baik pada isteri dan anak-anak. Sememangnya Sarah dan Shuib adalah pasangan contoh terbaik untuk anak muda.

Kenangan bersama pasangan, walau ped!h Shuib rasa sekarang, tapi ia adalah ibadah yang berpanjangan. Innalillahiwainnaiillaihirojiun hanya itu yang mampu saya ucapkan takziah kepada Shuib.

Inilah bidadari syurga yang disambut Allah. Insya-Allah dia dimasukkan dalam golongan orang yang m@ti sy@hid kerana selepas bers@lin dan kem@tian akibat w@bak. Itu yang guru saya cakap tadi- alam seterusnya yang sangat baik untuk Sarah!

Sedangkan kitalah yang patut lebih bersed!h kerana kita tidak tahu kem@tian kita nanti dalam bentuk macam mana.

Bertuahnya arw@h Siti Sarah kerana semua orang menyayanginya dan mendoakannya. Memiliki suami yang baik dan tidak putus-putus memohon kemaafan bagi pihak isterinya.

Hakikat hidup kita semua ini ‘Beringat selalu yang kita tidak punya apa-apa pun. Walaupun pada badan kita sendiri’

Semuanya adalah hak milik Allah. Allah nak ambil apa yang ada di badan kita dengan macam-macam cara. Paling kena ingat semua manusia akan menuju ke sana.

Pemergi@n arw@h Siti Sarah Insyaallah di syurga sudah tempatnya. Tam@tlah sudah ujian keluh res@h sempit di dunia ini.

Kini dia sedang menikmati alam yang lebih indah, meningg@lkan dunia dan kita semua. Al fatihah.

Shuib dan Siti Sarah tauladan terbaik kehidupan berumah tangga

Kisah pasangan ini turut mendapat perhatian pengguna Facebook, Redzuan Abd Manaf yang menjadikan pasangan Shuib dan Siti Sarah sebagai tauladan terbaik dalam kehidupan rumah tangga.

Guys, kalau dah berumah tangga, sayangilah pasangan seikhlas hati.

Kita tak tahu bila masa kita akan pergi, tidak tahu siapa yang pergi dahulu bertemu Ilahi, suami atau isteri.

Kita tidak tahu berapa lama Allah pinjamkan pasangan untuk bersama-sama di dunia ini, jangan bazirkan walau sesaat untuk cipta kenangan bahagia.

Arw@h Siti Sarah seorang isteri yang baik dan disenangi. Miliki suami yang sangat sayangkan dia setulus hati serta menjaga kebajikan anak isteri. Banyak video kehidupan mereka kongsi dekat media sosial dan pasangan ini patut diteladani dari segi apa pun sekali.

Satu yang paksu perhati, mereka banyak kongsi video keluarga di media sosial dan ini cara terbaik untuk ditinggalkan sebagai memori. Sebab itulah dalam sesebuah perkahwinan, elakkan penting diri.

Jangan malu lafazkan i love you pada pasangan (kalau boleh setiap hari). Kalau malu, cukuplah dengan layanan baik yang kita beri pada pasangan agar tidak menyesal kemudian hari.

Walaupun paksu tak kahwin lagi, tapi paksu terkesan dengan kisah mereka. Lagu terakhir arwah rakam bersama suami ‘Semakin benci semakin cinta’ pasti menjadi lagu terindah untuk Shuib dan anak-anak mereka dengar nanti. Lagu kasih sayang dan bukti cinta seorang suami dan isteri.

Pada semua suami, hargailah isteri. Pada semua isteri, sayangilah suami sepenuh hati. InsyaAllah syurga menanti kalian di sana nanti. Amin.

Kredit foto: Google Images
sumber artikel : my.theasianparent.com 

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!