Connect with us

TERKINI

ini 5 PESANAN arwah Siti sarah sebagai pedoman kehidupan.

Published

on

Berikut adalah Perkongsian beberapa amalan baik dari Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin semasa hayatnya untuk kita simpan jadikan panduan.

1. Bangun awal Subuh kerana Subuh membuka pintu rezeki. Stay up sampai selepas Dhuha. Baca surah al-Waqi’ah siang dan malam kerana janji Allah S.W.T tidak akan ditimpa kepapaan pada siapa yg membacanya. Kalau tidak pandai baca, dengar, sebab lama-lama nanti akan hafal (bersangka baik pada Allah S.W.T, yakin Allah S.W.T akan bantu dalam apa cara sekalipun, walaupun dalam keadaan yg tidak tercapai dek akal).

2. Sedekah. Walau kita tidak cukup, bersedekahlah, sebab itu janji Allah S.W.T. Kita bagi satu, Allah S.W.T akan gandakan berlipat kali ganda. Sebelum bantu orang luar tengok keliling kita dahulu, ibu ayah, adik beradik.

3. Suami isteri JANGAN GADUH. Pintu rezeki tertutup. Apa yg kita nak supaya malaikat rahmat sentiasa ada mendoakan rumah kita. Jadi pom-pom girl untuk suami. Yakinkan suami yg dia akan dapat bantu keluarga. Keyakinan suami akan meningkat berkali ganda sekiranya kita menjadi pendukung positif bagi suami. Keyakinan akan jatuh berkali ganda sekiranya isteri sentiasa melontarkan kata-kata buruk kepada suami.

4. Bersyukur, kerana dengan bersyukur kita akan rasa sentiasa cukup. Siapa yg bersyukur Allah S.W.T akan gandakan rezeki kita. Apabila cukup, kita tidak komplen. Berhenti dari suka komplen. Ingat, negatif tidak menarik perkara positif dan rezeki adalah perkara positif.

5. Jangan mudah MARAH. Cepat sangat naik hantu. Benda kecil pun nak marah. Marah itu kan kesukaan syaitan. Janganlah berdamping dengan mu wahai mambang. Kita nak malaikat sentiasa mendoakan kita. Keyword SABAR.

Dalam keadaan sekarang kita jangan fokus pada apa yg negatif, kita fokus pada apa yg positif dan tolong jadi positif sebab positif adalah ‘magic’ dan penarik benda-benda baik dalam kehidupan kita.

Al-Fatihah…

sumber :instagram sitisarahraissudin

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!