Connect with us

Uncategorized

InshaAllah Syurga Buatmu Setelah Berjuang, Siti Sarah Pergi Buat Selamanya, Al-Fatihah

Published

on

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: hmetro.com.my

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Buat seluruh keluarga arw@h kami ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga r0h arw@h ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat Ilahi. Al- Fatihah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!