Connect with us

TERKINI

Shuib Mohon Jangan Lagi Sebarkan Rakaman Suara Mengenai Keadaan Siti Sarah

Published

on

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib menjelaskan, rakaman audio yang tular itu bukan keadaan terkini Siti Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin.

“Berkenaan ‘voice note’ yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Siti Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.

Menurut Shuib, keadaan isterinya masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Siti Sarah.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2020 – Sesi fotografi bersama artis, Shuib Sepahtu bersama isteri, Siti Sarah ketika Majlis Pelancaran Kafe Bubble Bee di Mydin USJ, Subang Jaya di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID / PEMBERITA – AIDA (UTUSAN) / HAIKAL (KOSMO)

“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Ayuh semua kita mendoakan supaya Siti Sarah dan semua pesakit Covid-19 segera sembuh dan diangkat wabak ini secepatnya. Moga ada doa diantara anda semua yang diangkat dan dipandang oleh Allah untuk dimakbulkan. Aamiin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!