Connect with us

Uncategorized

OLIMPIK Pingat Emas Semakin Hampir, Datuk Azizulhasni Awang Ke Final

Published

on

KUALA LUMPUR: Harapan negara meraih emas pertama terus menyala selepas Datuk Azizulhasni Awang layak ke final acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat pertama saringan separuh akhir di Velodrom Izu.

Sumber: bharian.com

Sangat mendebarkan seluruh rakyat Malaysia yang menantikan dan menyaksikan perlumbaan yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Nasib tidak menyebelahi pelumba negara Mohd Shah Firdaus yang gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara keirin sebentar td selepas menduduki tempat ke-6 dalam saringan kedua. Walaubagaimanapun, semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh beliau apabila layak ke suku akhir selepas mengalami kecederaan akibat perlanggaran semalam. Tahniah dan Syabas Shah atas kehebatan yang ditunjukkan di pentas olimpik 2020.

Kembali semula kepada Pelumba Trek Basikal No 1 Negara Datuk Azizulhasni Awang yang telah layak dengan cemerlangnya ke final selepas menduduki tempat pertama dalam heat kedua peringkat separuh akhir tadi. Sangat mendebarkan dan bersyukur atas kejayaan milik Datuk dan kami seluruh rakyat Malaysia masih tetap utuh memberikan sokongan dan doa kepada Datuk untuk merealisasikan impian Negara Umumnya impian Datuk Khasnya membawa pulang sebutir Pingat Emas Sukan Olimpik yang belum pernah menjadi milik negara kita Malaysia. Buat yang terbaik Datuk, semoga berjaya.

Ayuh rakyat Malaysia, tunjukkan sokongan anda dengan mendoakan Datuk menjuarai peringkat akhir sebentar lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!