Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Seorang ‘Cleaner’ Orang Asli Telah Berkhidmat 14 Tahun Di Darul Quran, Terkesan Dengan Suasananya Dan Nekad Peluk Islam

Published

on

Seorang ‘Cleaner’ Orang Asli Telah Berkhidmat 14 Tahun Di Darul Quran, Terkesan Dengan Suasananya Dan Nekad Peluk Islam

Hidayah itu adalah milik Allah. Allah yang berkuasa atas segalanya. Jika ia kehendaki maka jadi la ia, jika ia tidak kehendaki maka tidak jadi la ia. Satu kisah seorang wanita yang telah hampir 14 tahun sudah berkhidmat di persekitaran yang menerapkan pembelajaran agama. Pekerja dari orang asli ini nekad dan memutuskan memeluk agama islam selepas terdedah dan terkesan dengan situasi dan keadaannya di Darul Quran.

Hal ini dimuat naik dalam Facebook rasmi Darul Quran iaitu pusat pembelajaran al-Quran yang telah berkongsi kisah menarik seorang pekerja kebersihan yang dikenali sebagai Puan Envis binti Jeboi atau nama Islamnya Maryam.
Masuk Islam dengan rela hati

Dalam kenyataan yang dibuat Facebook DQ, Puan Envis telah pun memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor selepas terbuka hati kerana tertarik dengan agama Allah ini setelah lama berkhidmat di Darul Quran.

Puan Maryam merupakan kaum Orang Asli yang menetap di Kampung Orang Asli Tun Razak Kuala Kubu Bharu dan bertugas di DQ hampir 14 tahun. Kesan daripada itu, dia terbuka hati untuk memeluk Islam setelah tertarik dengan suasana di DQ.

Sehubungan dengan itu, pihak DQ turut mendoakan agar Puan Maryam terus istiqomah dan sentiasa terus mentaati Allah S.W.T.

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya. Semoga sentiasa istiqomah dijalan yang benar.

Sumber: Darul Quran Jakim / Ohmymedia
via :majalahilmu.com

cikguking tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di cikguking.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!