Connect with us

TERKINI

Sesiapa Yang Masih Single Bolehlah Kibarkan Bendera Merah Jambu Untuk Mencari Jodoh.

Published

on

PETALING JAYA – Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media s0sial yang melancarkan kempen mengibar bendera berwarna merah jambu untuk mencari j0d0h.

Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun se0rang pengguna laman Faceb00k bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berk0ngsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.

“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan j0d0h segera.

“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain merah jambu sem0ga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.

Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dik0ngsi lebih 2,600 kali sejak dimuat naik semalam.

Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media s0sial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.

“Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda,” ujar Muhammad Syukhri Shafee.

“Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu j0d0h jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,” balas Daniel Hazmi.

“Nampak kelakar. Tapi ada sebilangan manusia yang kita tak tahu dia ambil serius. Kalau b0leh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita f0kus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” ujar Atikah Rasyadi Junaidi.

Bagi anda yang ingin mencari j0d0h silakan mengibar bendera merah jambu dirumah anda..

SUMBER: KERJAK0S0NG

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!