Connect with us

PENGETAHUAN

Inilah 10 Cara Elak Badan Jadi ‘Lemau’ Dan Tingkatkan Tenaga Di Musim PKP Ini

Published

on

Bila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan disambung tentu sahaja rata-rata dari kita mula mengeluh sebab setiap hari berdepan dengan perkara yang sama, sampai kamu jadi fed up.. Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya pergerakan lebih terbatas kerana bangun sahaja daripada tidur, buka lapt0p dan terus bekerja. Tidak seperti jika harus ke pejabat, k0rang perlu bersiap-siap dan bergegas ke tempat kerja, tapi kalau WFH memang dari pagi sampai petang duduk sahajalah kan?

Dek kerana terlalu lama duduk sahaja tanpa melakukan banyak pergerakan, sebenarnya ia tidak bagus untuk kesihatan kita kerana menjadikan tubuh menjadi ‘lemau’.

Ini kami kongsikan benda simple tapi mampu buat badan kekal cergas.

Tengok benda berwarna merah

Contohnya seperti lihat sejambak bunga mawar yang berwarna merah atau gambar . Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu korang kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat. Jadi, pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja kerja .

Chewing gum

Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.

15 minit nap

Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.

Senaman ringan

Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.

Postur badan

Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding dengan pelajar yang menjaga postur badan dengan tepat.

Udara luar

Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.

Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.

Buka lampu dan tingkap

Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.

Makan badam

Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.

Kudapan coklat

Amalan memakan coklat mampu merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

Bila duduk rumah mesti selalu mengunyah juga kan? Ha, hati-hati guys. Jangan lupa jaga kesihatan.

SUMBER:REMAJA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!