Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Ini Doa Untuk Sentiasa Disayangi Oleh Masyarakat. Mudah Untuk Diamalkan…

Published

on

Tiada seorang pun yang tidak mahu dirinya disayangi, disenangi atau dihormati oleh orang lain. sekurang-kurangnya disayangi oleh pasangan dan anak-anak sendiri. Apabila kita bekerja juga kita suka bekerja dengan mereka yang lebih mudah dan senang berurusan dengan kita. Sebab semua kerja yang kita lakukan pasti mudah jika diri kita disenangi oleh rakan sekerja.

Walaubagaimanapun, perasaan untuk disayangi dan disenangi ini perlulah kita letakkan batasan supaya tidak melanggar hukum-hukum Allah dalam pergaulan harian kita.

Jika kita ingin disayangi kita juga perlu belajar untuk menyanyangi orang lain semuanya kerana Allah Taala. Jika kita ingin disayangi di kalangan sahabat-sahabat kita hendaklah sayang persahabatan kita itu kerana Allah. Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya.

Untuk mendapatkan kasih sayang manusia dan mendapat kebahagian yang hakiki, kita mestilah mencari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintah dan meninggalkan segala apa yang dilarang.

Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)

Berikut adalah amalan agar disayangi dan dikasihi, InsyaAllah dengan keizinan Allah Ta’ala:

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)

Cara -cara mengamalkan:

1. Hendaklah membaca ayat di atas

2. Kemudian hembuskan pada kening orang yang kita sayangi (anak atau isteri).

3. Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

Pengajaran

Amalkan doa ini, insyaAllah semoga apa yang kita hajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala. Ayat-ayat Allah ini adalah penawar. Sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada segala penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.

Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan itu tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri.

Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.

Sumber: karteldakwah.com

Sila kongsikan jika bermanfaat dan selamat beramal..

Follow and like page E-Akhbar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!