Connect with us

PENGETAHUAN

Ini 10 Cara Untuk Mendapatkan Anak Kembar- Dr Hamid Arshad:

Published

on

Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar, tahniah!. Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan. Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda, termasuk kes4kitan waktu bers4lin.

CEMBVRU DENGAN ORANG YANG DAPAT ANAK KEMBAR?
Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja!

Peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%. Majoriti daripada anak kembar adalah terdiri daripada kembar tidak seiras, di mana dua telur telah disenyawakan. Selebihnya adalah kembar seiras di mana satu telur pecah menjadi dua fetus. Secara genetik, mereka akan mempunyai sama jantina, sama ciri-ciri fizikal dan sama perwatakan. Ada juga yang akan lahir sebagai kembar Siam, di mana mereka berkongsi anggota badan.

Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.

Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, kongsikan tips untuk pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.

Berikut antara perkongsian beliau;

BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR

Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.

Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar;

1.Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.

2.Kahwin Dengan Keturunan Kembar Sebelah Ibu atau genetik
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.

3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas

Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.

4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid

Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar

5. Makan Produk Tenusu

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. Makan Keladi Dan Ubi

Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

7. H0rm0n Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.

8. Rawatan IUI & IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

8. DIET

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!

9. BERDOA PADA ALLAH
Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :

10. BILANGAN ANAK

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.

Sumber: suaramedia/siraplimau

Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih! LIKE PAGE FB KAMI JIMMY NETW0RK UNTUK MENDAPATKAN INF02 TERKINI DAN MENARIK

Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak E-AKbar juga tid4k mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda b0leh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dik0ngsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!