Connect with us

PENGETAHUAN

Kisah Lelaki Ini Sambut Hari Raya Aidilfitri Di Tepi Sungai Melaka, Buat Ramai Seb4k

Published

on

Dikala kita sedang menyambut hari raya dengan rasa gembira bersama ahli keluarga ada insan yang sedang bersedih berjauhan daripada keluarga. Dan amat menyedihkan lagi bagi seorang lelaki yang ditemui baru-baru ini dia hanya menjadikan wakaf di tepi sungai sebagai tempat berteduh.

“Sudah hampir seminggu saya terkandas di sini malah sambut Syawal juga di sini,” kata Mohd Hanafiah Kamarudin, 53, yang menjadikan sebuah wakaf di tepi Sungai Melaka sebagai tempat berteduh.

Dia yang pada awalnya datang ke Melaka untuk mencari kerja, tidak dapat pulang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada penghujung Ramadan lalu.

Katanya, pada awalnya dia melawat rakan di Melaka Raya sebelum berusaha mencari kerja yang sesuai tetapi g4gal.

Dia terpaksa menjadikan wakaf berkenaan sebagai tempat berteduh sementara menunggu masa untuk pulang ke kediaman di Felda Bukit Jalor, Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah ada beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberi bantuan makanan tetapi tidak selalu. Kalau mereka tid4k datang, saya tak mak4nlah, tambahan du1t pun sudah habis dan telefon saya juga telah hil4ng.

“Kalau masa Ramadan lalu bolehlah berbuka puasa di masjid berhampiran tetapi Syawal ini belum ada lagi. Saya memang berhajat balik ke kampung kerana saya ada tanah dan boleh diusahakan,” katanya.

Mohd Hanafiah berkata, pengalaman berhari raya seorang diri di wakaf berkenaan sesuatu yang sukar digambarkan.

Dia berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di Singapura selama 10 tahun sebagai jurukimpal k4pal dan pulang ke kampung pada 2018 namun berhasrat mencari kerja sebagai peng4wal keselamatan.

Bagaimanapun, kesukaran mendapat pekerjaan di Melaka ak1bat p4ndemik C19 menyebabkan dia mahu pulang ke kampung mengusahakan tanah yang ada.

“Saya hanya duduk, baring dan jika pen4t, saya berdiri sambil menunggu waktu azan untuk solat di masjid berhampiran.

“Ada ketikanya, saya mengisi masa bersembang dengan beberapa geland4ngan kerana kekangan pergerakan selain tanpa w4ng dan hala tuju tambahan juga ada diabetes,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanudin Bachik berkata, pihaknya akan membuat tinjauan di lokasi Mohd Hanafiah terkandas dan akan membantu keperluan termasuk makanan.

Katanya, perkara itu juga akan disalurkan kepada pihak berkaitan seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, lelaki itu mahu pulang ke kampungnya, sehubungan itu usaha akan dilakukan bagi memenuhi hasrat Mohd Hanafiah.

Sumber : HMETRO ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih! LIKE PAGE FB KAMI JIMMY NETW0RK UNTUK MENDAPATKAN INF02 TERKINI DAN MENARIK

Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak E-AKbar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda b0leh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dik0ngsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!