Connect with us

KESIHATAN

[VIDEO]: “Ap4 Hal Nak letupk4n Mercun Di Kawasan Tengah2 Pangsapuri, Harap Jgn Ada Org Yang 0tak S3mpit Macam Ni”

Published

on

IBU bapa diingatkan untuk tidak membenarkan anak mereka bermain bunga api atau mercun di kawasan pangsapuri atau kondominium kerana risiko berlaku kebakaran adalah tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, tindakan bermain bunga api serta mercun terutama di balkoni atau koridor rumah tidak digalakkan kerana ia boleh mendatangkan bahaya.

“Kalau nak main bunga api di rumah flat dan sebagainya adalah tidak digalakkan. Walaupun tidak ada laporan berhubung kebakaran yang disebabkan oleh perbuatan itu tetapi kita tidak galakkan.

“Kalau nak main pergi ke kawasan terbuka… memang ada tempat lapang untuk anak-anak bermain. Sekarang ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jadi dibenarkan di halaman masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menggunakan elektrik dengan berhemah ketika musim perayaan Aidilfitri ini kerana penggunaan berlebihan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.

“Berhati-hatilah dengan pemasangan dan kegunaan perkakas elektrik sebab ketika tempoh PKPB juga penggunaan adalah amat tinggi,” katanya.

Tular satu video baru-baru ini tentang isu bermain mercun di tengah-tengah pasngsapuri di kawasan Putrajaya. Rakaman video boleh dilihat dibawah:

Harap jgn ada warga Sentul yang otak sempit macam ni. Nasihat saye, Mak ayah, didik anak anda jadi manusia yang bertamadun. Nak main, main di tempat yang terbuke (Kalau nak main la) .

Kalau orang marah main mercun jngn suruh org pindah ke hutan. Jgn cakap ” ala bertolak ansur la sikit, setahun sekali”. Dalam Islam dah ajar, jngn menyusahkan orang lain.

Beberapa netizen juga kurang setuju jika ada yg bermain mercun ditengah-tengah bangunan Pangsapuri itu..

INi antara komen neztizen:

Aduii…relaks lah…main bunga api je..bkn main meriam…x bom pon rumah KO,suasana hari raya,dah lah pkp smua kn kurung,x salah pun klu hdpkan suasana MLM raya,bg aku lah…nie lah yg dpt menggembirakan hati,wlp x dpt beraya dikmpg..ada jg lah suasana tue…sedih lah KO nie..

LIHAT VIDEO DIBAWAH:

Main mercun sempena Aidilfitri memang seronok, tapi apa hukumnya?

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan sebenar hukum bermain mercun ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, berdasarkan banyak nas mendapati bahawa hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam. “Sudah sampai masanya semua pihak berganding bahu membasmi budaya mercun.

“Saban tahun pengulangan kisah duka, hiba dan kesedihan sentiasa berlaku. Islam mengajar kita saling menasihati agar kehidupan sentiasa harmoni,” katanya menerusi Instagramnya.

Ujarnya, memb4kar m3rcun di negara ini adalah diharamkan seperti mana termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991. Penguatkuasaan undang-undang ini akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

sumber: astroawani & Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!