PENGETAHUAN
IBU INI KONGSI TIPS BUAT ANAK-ANAK SUKA MAKAN SAYUR DAN BUAH..BERUNTUNG KALAU DAPAT IBU MACAM NI…

“Susahnya nak kasi anak-anak makan sayur dan buah-buahan! Ada tips tak?”
Rungutan ini memang sering kali kita dengar para ibu cakap. Kebiasaannya anak-anak memang sukar untuk makan makanan yang berkhasiat. Lagi-lagi bila mereka tahu yang makanan itu merupakan sayur atau buah. Ha, ibu bapa boleh cuba cara ini dulu! Kami yakin salah satu daripada trick ini akan menjadi.
TIPS 1: POTONG HALUS SAYUR-SAYURAN & SOROKKAN DALAM MAKANAN ANAK ANDA
Anda boleh cuba potong kecil sayur-sayur tersebut dan campurkan bersama ayam hancur dan kukus! Kemudian, potong menggunakan pemotong berbentuk bintang, dinasour, atau bentuk love bagi menarik minat anak untuk makan dengan seronok!
TIPS 2: SEDIAKAN SNEK DALAM VERSI SAYUR-SAYURAN
Antara trick mudah adalah memberikan sayuran atau buah-buahan sebagai snek selepas bermain di waktu petang atau selepas mengulangkaji pelajaran.
Snek merupakan hidangan yang paling ditunggu-tunggu kerana kanak-kanak beranggapan bahawa snek merupakan sesuatu yang berbeza dari hidangan utama. Jadi, mereka akan makan tanpa ragu-ragu!
TIPS 3: HIASKAN MAKANAN ANAK ANDA COMEL-COMEL
Siapa tak suka jika makanan dihias comel-comel kan? Orang dewasa pun suka dan pastinya anak-anak lebih excited nak makan. Lagi-lagi kalau dibentuk kepada karakter kegemaran mereka. Mesti lagi teruja!
TIPS 4: BIASAKAN MAKAN ULAM
Ibu bapa dinasihatkan untuk memberikan sayur-sayuran yang berwarna dan sediakan sos pencecah yang anak anda suka atau gunakan kentang lenyek (mashed potato) sebagai pengganti untuk menghilangkan rasa mentah sayur.
Gambar di atas menunjukkan lobak merah yang dimakan dengan hummus. Sedap!
TIPS 5: MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN YANG BERKHASIAT SERTA BERSERAT TINGGI UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA!
Ada pelbagai jenis sarapan berserat tinggi yang anda boleh sediakan. Oats dan buah-buahan merupakan menu yang paling famous. Selain itu, anda juga boleh tukarkan roti biasa ke roti mil penuh atau capati.
Nak tambah lagi serat dalam menu, padankan sarapan dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre dengan lebih kebaikan 2.5 kali serat berbanding MILO® biasa. Setiap hidangan (30g) MILO® Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% keperluan serat harian.
MILO® ACTIV-GO PLUS FIBRE BANTU IBU-IBU TAMBAH SUMBER SERAT DALAM DIET HARIAN ANAK-ANAK!
Pengambilan serat makanan sehari yang disarankan ialah 20g-30g dan satu hidangan (30g) MILO® Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% pengambilan serat sehari!
Tambah pula, MILO® Activ-Go Plus Fibre mengandungi kandungan gula tambahan (sukrosa) yang lebih rendah sebanyak -50% berbanding MILO® Activ-Go biasa, hanya ~½ sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g).
Lagi mudah jika anda berikan anak anda MILO® Activ-Go Plus Fibre! Ia membantu ibu-ibu menambah sumber serat dalam diet harian anak-anak ke arah pemakanan seimbang.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MILO DIKEKALKAN DALAM PRODUK BARU, MILO ACTIV-GO PLUS FIBRE
Rasa barli malt, susu dan koko yang penuh dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting untuk membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Sesuai untuk anak-anak anda!
Jadi, berikan anak anda hidangan lengkap dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre yang berkhasiat serta berserat tinggi untuk membantu anak anda mendapatkan pemakanan yang seimbang.
MILO® Activ-Go Plus Fibre juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom dapatkan MILO® Activ-Go Plus Fibre agar bertenaga untuk melangkah lebih jauh!
Sumber: siraplimau.com
-
KASIH SAYANG2 years ago
Neel0fa Cuba Bantu Tapi Tid4k Diterima, Ini Sebab Peniaga Burg3r T4k Mahu Terima Bantuan Neel0fa
-
KESIHATAN3 years ago
HANYA KERANA BUAH PISANG ANAK INI MASUK WAD!!
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Macam Mana Mahu Tahu Di Rumah Ada Satu ‘Gangguan’, Ustaz Ini Mengajar Caranya
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum tidur, PAGAR RUMAH DENGAN amalan ini
-
TAULADAN3 years ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum Tidur Baca Doa Ini Agar Diturunkan Rezeki Melimpah
-
KASIH SAYANG3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
KASIH SAYANG3 years ago
Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku