Connect with us

TAULADAN

Terlupa Bawa Kad Bank, Ada Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM. Caranya, Cukup Mudah & Selamat!

Published

on

Setiap kali kita dah kehabisan duit tunai dalam tangan pastinya kita akan pergi ke mesin ATM untuk dapatkan duit tunai. Tapi kadang kala bila dah sampai kat mesin ATM kita terlupa pula nak bawa kad ATM.

Tapi jangan risau jika terlupa kad bank anda, disini kami kongsikan cara yang mudah nak keluarkan duit dalam mesin ATM tanpa menggunakan kad dengan selamat dan mudah.

Bila namanya terlupa, hajat dihati hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh pula terlupa bawa kad bank. Hendak berpatah balik, terasa malas pula. Nasib baik ada cara kita tetap boleh keluarkan cash walau tiada kad.

Bagaimana tu?

Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.

Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.

Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank:
1. Masuk Maybank2u apps 2. Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung 3. Klik pada “cardless ATM withdrawal” 4. Letak no telefon
5. Pilih amaun yang mahu di keluarkan 6.Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad

Ikut dua langkah penting ni: 1. Masukkan ID 16 digit 2. Masukkan kod 6 digit. Kemudian Dah boleh keluarkan duit.

Ikut gambar step by step di bawah ini ya:

Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.

Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.

Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.

Isikan nama dan butiran seperti di bawah:

Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.

Anda akan menerima notifikasi begini.

Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:

1.Masukkan ID 16 digit
2.Masukkan kod 6 digit

Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Sumber: Niaga Kini

Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih! LIKE PAGE FB KAMI JIMMY NETW0RK UNTUK MENDAPATKAN INF02 TERKINI DAN MENARIK

Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak E-AKbar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda b0leh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dik0ngsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!