PENDIDIKAN
TERKINI: Ini Penjelasan Peperiksaan UPSR Dimansuhkan PT3 Tahun 1ni Batal

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya (UPSR) bermula 2021.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sek0lah (PBS) dan (PBD).
Katanya, keputusan besar melibatkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 itu sudah mengambil kira semua pandangan ramai pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Pagi tadi (hari ini) saya sudah membentangkan kertas mem0randum jemaah menteri berkaitan dengan (pemansuhan) UPSR ini.
“Pentaksiran akan dilaksanakan untuk murid sek0lah rendah khususnya tahun enam dan pihak KPM akan memperkasakan PBS dan PBD secara menyeluruh mulai 2021.
“Tidak ada peperiksaan ganti untuk murid tahun enam ini,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, selari pemansuhan UPSR, kerajaan membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sek0lah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK).
“Penilaian bagi murid berkeperluan khas ini akan dilaksanakan di peringkat sek0lah mengikut PBD,” katanya yang turut memberitahu kemasukan lepasan tahun enam ke tingkatan satu bagi 2022 akan dibuat berdasarkan peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sek0lah Khusus (PKSK).
Dalam pada itu, beliau mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan, namun k0nsep penilaian masih dikekalkan dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan.
Menurutnya, antara alasan utama yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan itu ialah mengambil kira masa yang ada untuk pelajar membuat persediaan khususnya pembelajaran secara bersemuka bersama guru di sek0lah pada tahun ini.
“Kita lihat keadaan penularan penyakit C19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Kita mengambil kira keadaan semasa serta tanpa pelaksanaan PT3 untuk tahun ini, kaedah pentaksiran murid b0leh juga dilaksanakan.
“Jadi untuk tahun 2021 sebagaimana pada tahun 2020, pentaksiran murid adalah berdasarkan tiga k0mp0nen utama iaitu PBD, Pentaksiran Psik0metrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan K0kurikulum (PAJSK),” katanya.
Radzi berkata, seperti tahun lalu, kemasukan ke sek0lah khusus atau asrama ke tingkatan empat pada 2022 akan dibuat berdasarkan PKSK.
“Maknanya jika ada anak yang berhasrat ke asrama penuh pada 2022, mereka b0leh menduduki PKSK pada tahun ini,” katanya. –
sumber: mynewshub
Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih!.. LIKE PAGE FB KAMI JIMMY NETW0RK UNTUK MENDAPATKAN INF02 TERKINI DAN MENARIK
Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak E-AKbar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
-
KASIH SAYANG2 years ago
Neel0fa Cuba Bantu Tapi Tid4k Diterima, Ini Sebab Peniaga Burg3r T4k Mahu Terima Bantuan Neel0fa
-
KESIHATAN2 years ago
HANYA KERANA BUAH PISANG ANAK INI MASUK WAD!!
-
DAKWAH DAN ISLAM1 year ago
Macam Mana Mahu Tahu Di Rumah Ada Satu ‘Gangguan’, Ustaz Ini Mengajar Caranya
-
DAKWAH DAN ISLAM1 year ago
Sebelum tidur, PAGAR RUMAH DENGAN amalan ini
-
TAULADAN2 years ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
DAKWAH DAN ISLAM1 year ago
Sebelum Tidur Baca Doa Ini Agar Diturunkan Rezeki Melimpah
-
KASIH SAYANG2 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
KASIH SAYANG2 years ago
Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku