Connect with us

Uncategorized

Hat1-Hat1! Pengalaman Ibu Tunggal Rug1 RM230,000 Terjer4t Cinta ‘Datuk’ Melalui FB.

Published

on

Pelbagai jenis pen1puan yang berlaku pada masa sekarang. Kegiatan sind1ket-sind1ket semakin berleluasa dan sukar untuk dibendung. Ada Satu kejadian sebenar yang berlaku baru-baru ini, seorang ibu Tunggal telah terjer4t dengan cinta seorang yang bergelar ‘Datuk’ hingga wang ibu tunggal ini yang berjumlah sebanyak RM230,000 habis diperdaya oleh ‘Datuk’ ini.

Seorang ibu tunggal yang juga bekerja sebagai kakitangan awam menanggung kerugian hampir RM230,000 apabila diperdaya oleh seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai berasal dari luar negara.

Disebabkan terpikat dengan janji manis dan ingin membantu lelaki berkenaan, wanita tersebut telah menyerahkan wang simpanan bank, simpanan Tabung Haji miliknya serta anak-anaknya kepada lelaki berkenaan.

Tidak cukup setakat itu, wanita terbabit juga sanggup menjual barang kemas serta kereta yang dihadiahkan oleh bekas suaminya malah terpaksa membuat pinjaman bank dan meminjam wang daripada ahli keluarga untuk membantu ‘kekasihnya’ itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita berumur 44 tahun berasal dari Padang Selising, Machang itu dipercayai terjer4t dalam penipuan sindiket Love Scam selepas berkenaan dengan lelaki berkenaan menerusi Facebook yang menggunakan nama profil Dato pada November tahun lalu.

Menurutnya, wanita berkenaan dan suspek kemudian meneruskan perhubungan menggunakan aplikasi WhatsApp yang mana suspek menggunakan talian luar negara.

“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan, suspek memberitahu mahu menjalinkan hubungan lebih intim dan ingin berkahwin dengan wanita berkenaan.
“Pada Januari 2021, suspek menyatakan dalam proses bertukar ke Malaysia untuk bekerja dan mendakwa kad kreditnya mengalami masalah untuk digunakan dan meminta wang daripada wanita tersebut untuk pelbagai tujuan,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Shafien ditemui selepas membuat lawatan di lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini awal pagi tadi.

Beliau turut meluangkan masa bersahur bersama dengan petugas-petugas barisan hadapan yang ditempatkan di SJR tersebut, selain turut menyampaikan kurma kepada anggota yang bertugas.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, wanita berkenaan telah membuat 59 transaksi pembayaran ke 10 akaun milik individu berbeza berjumlah RM223,010 antara Januari hingga 9 April baru-baru ini.

Lebih Menyedihkan lagi wang simpanannya dalam Tabung Haji digunakan.

Katanya, sumber wang wanita tersebut daripada simpanan serta Tabung Haji miliknya serta anak-anak, jualan barang kemas serta kereta yang dihadiahkan oleh bekas suaminya, pinjaman daripada bapa dan abang, serta pinjaman dari sebuah bank tempatan.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan mula sedar dit1pu apabila suspek meminta wang RM1,700 dengan alasan dia telah ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak memakai pelitup muka.

“Suspek juga mendakwa dia telah dikenakan kompaun RM1,000 serta perlu membayar RM700 sebagai kos perbelanjaan semasa ditahan,” katanya.

Shafien menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai t1pu helah dan janji manis yang diberikan mereka yang tidak dikenali terutamanya perkenalan melalui laman-laman sosial.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua agar tidak mudah terjer4t dengan cinta dalam talian.

sumber: onarharian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!.. LIKE PAGE FB KAMI JIMMY NETWORK UNTUK MENDAPATKAN INFO2 TERKINI DAN MENARIK

Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen anda disini. Pihak E-AKbar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!