Connect with us

Uncategorized

“Suami Suka Lepak Dengan Kawan Kawan Hingga Lewat Pagi, Setiap kali Ditegvr Pasti Akan Mengundang Pergadvhan”

Published

on

Antara kawan dan isteri, suami lebih pentingkan kawan?

Kadang-kala si isteri boleh naik angin juga dengan sikap si suami yang dilihat lebih pentingkan kawan mereka berbanding diri mereka sendiri.

Ya lah mana tidaknya, jika ada sesuatu yang nak dibincangkan atau ada perkara menarik pasti suami mereka akan mencari kawan mereka hingga sang isteri merasakan diri mereka seolah-olah kurang penting berbanding kawan suami mereka sendiri.

Ya, memang selalu kita dengar suami lebihkan ibu mertua, lebih keluarga, lebihkan isteri muda namun suami lebihkan kawan atau lebih mementingkan kawan juga memberi masalah.

Tahu tak hati isteri yang terguris ni cukup besar impaknya pada rumah tangga. Situasi ini selalu berlaku jika suami tidak berlaku adil. Ini bukan saja masalah bagi suami yang berpoligami, malah turut berlaku untuk suami yang sentiasa melebihkan kawan daripada isteri.

Ya, memang selalu kita dengar suami lebihkan ibu mertua, lebih keluarga, lebihkan isteri muda namun suami lebihkan kawan atau lebih mementingkan kawan juga memberi masalah.

Kalau tak keluar lepak bersama kawan-kawan tu seperti satu masalah besar, namun nak bawa isteri dan anak-anak keluarga bercuti atau keluar ke mall pun susah.

Susah juga nak menegur suami yang kurang ilmu mengenai pintu rezeki ni. Bagi mereka sebab isteri ni selalu saja depan mata maka tidak perlu sangat diberi perhatian. Bak kata orang ‘take things for granted’.

Tapi betul ke orang lelaki ini walaupun dah kahwin akan lebihkan kawan mereka sendiri daripada isteri tercinta, nak tahu sama ada betul atau tidak jom semak di bawah!

Bagi Suami Isteri Tetap Harta Terpenting Dalam Hidup Mereka.

Dalam perbincangan di Quora, rata-rata ramai yang berkongsi pendapat bahawa walau seramai mana dan serapat mana pun diri mereka dengan kawan-kawan mereka, ia tidak sama dengan isteri mereka.

Kerana dalam hati sang suami, isteri mereka adalah harta yang terindah dan terpenting dalam hidup mereka. Mungkin ada kala cara mereka seperti mementingkan kawan berbanding isteri, tapi sebenarnya isteri adalah insan terpenting dalam hidup mereka.

Melalui media sosi4l Twitter, di akaun bernama Esha, wanita ini telah meluahkan isi hatinya.

Ikuti luahan berikut di bawah.

Salam, saya nak minta pendapat. Saya dah berkahwin selama dua tahun. Dan dah ada dua seorang anak. Jadi, saya nak tanya macam mana nak berdepan kalau dapat suami asyik melepak sampai pukul 3-5 pagi setiap hari. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Tiap kali saya cakap dengan dia kami mesti bergaduh.

Saya sayangkan dia tapi saya dah tawar hati dengan perangai dia yang endah tak endah dekat saya dan anak. Boleh tak bagi pendapat untuk saya atau bagi semangat untuk terus sabar dengan perangai suami yang macam ini.

Sebenarnya, kedua-dua pihak perlu ada toleransi. Isteri jangan minta suami kurangkan masa lepaknya dengan kawan-kawan, kerana perkara tersebut akan membangkitkan rasa tercabar dan susah untuk suami mendengar teguran pada saat egonya sedang melambung tinggi. Dan suami, fahamilah hati wanita. Tak salah nak melepak, tapi perlu ke setiap hari?

Renungan Buat Suami, Dengarkanlah.

1. Utamakan isteri kerana isteri hanya mempunyai seorang suami iaitu kita, manakala kawan-kawan kita masih mempunyai kawan-kawannya yang lain.

2. Fitrah isteri, seorang wanita akan lebih mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Fitrah isteri juga sentiasa ingin berkongsi apa sahaja dengan orang yang disayangi dan dihormatinya. Jangan sampai ketiadaan kita yang berterusan menyebabkan terisi dengan lelaki lain yang lebih banyak punyai masa untuk mendengar cerita perkongsiannya.

3. Lebih baik jadikan kawan-kawan kita sebagai kawan ke arah kekeluargaan, bukannya untuk tujuan budaya hidup bujang yang boleh menimbulkan keraguan kepada isteri kita. Kawan-kawan yang bersifat kekeluargaan akan lebih menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.

4.Elakkan daripada terlalu banyak keluar bersama kawan-kawan. Jika perlu dalam aktiviti bersama kawan-kawan, bawa isteri bersama dan bertoleransilah agar minat dan hobi kita serta hobi pasangan kita dihargai satu sama lain.

5.Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenang dan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita, bila dibelai dan dilayan secara romantis, kebahagiaannya lebih terasa dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap waktu kekosongan, bila kita tiada di sisinya.

Wanita ni makhluk yang penuh dengan kelembutan…banyak perkara yang mereka boleh berlembut…kadang-kadang ada jugak perkara yang melebihi batas kelembutan mereka, tapi mereka tetap kekal berlembut lagi sebab mereka makhluk yang suka memberi ruang dan peluang untuk orang yang mereka sayang…

Jika mereka dah keras, maka yang membuatkan mereka jadi begitu ialah diri kita sendiri…Renung-renungkan…

Sumber : Firdaus Shakirin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!