Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Majikan Mender4 pekerja

Published

on

Pada bulan yang penuh berkah ini, umat Islam menjalankan ibadah puasa sepanjang hari. Semua umat islam akan berpuasa. Namun lain pula yang berlaku kepada pengawal peribadi ini yang dibelasah kerana berpuasa.

Kejadian ini berlaku di Kuala Lumpur. Disebabkan tidak menuruti arahan majikan untuk tidak berpuasa menyebabkan pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah dan diacukan pistol, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang. Mangsa mendakwa dibelasah menggunakan rotan sehingga menyebabkan lebam dan mengalami pembekuan darah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa berusia 26 tahun bersama majikannya seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kondominium di Jalan Pinang, di sini pada 10 malam.

Menurutnya, suspek kemudian memarahi mangsa yang memaklumkan dia berpuasa sebelum menamparnya.

“Sebaik tiba di rumah suspek di Batu Nilam, Klang, mangsa dibelasah dengan rotan selain diacukan pistol oleh suspek.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa sudah bekerja dengan suspek sebagai pengawal peribadi sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, suspek akan memarahi mangsa jika mengetahui pekerjanya itu berpuasa dan memaksa agar tidak meneruskannya.

“Polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

“Polis juga merampas sepucuk pistol jenis Glock milik pengawal peribadi itu yang digunakan untuk mengugut kedua-dua mangsa,” katanya.

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan (dengan puasa atau ibadah) dengan iman dan mengharap pahala dari Allah Swt, maka diampuni dosanya yang telah lalu,” HR Bukhari dan Muslim.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!