Connect with us

PENDIDIKAN

[VIDEO]Cara Berkesan Halau Mony3t Hanya Sangkut Botol Berisi Bancuhan Ini Diatas Pokok

Published

on

MONYET atau KERA (Monkeys) merupakan sejenis haiwan dari rumpun primate haplorin iaitu rumpun haiwan yang selalunya berada atau tinggal berhampiran manusia di negara kita dan juga luar negara.

Kehadiran monyet ini selalu menjadi ancaman kepada ramai petani dan juga rumah kediaman apabila ia menganggu. Walau pun usaha menangkap dan mengalihkan populasi monyet yang sering dilakukan namun ianya tidak pernah menyelesaikan masaalah.

Seronok tengok pokok sayur atau buah dah mula berhasil dan berbuah elok. Tapi sedang menunggu kutip hasil tiba tiba tanaman dirosakkan haiwan seperti monyet.

Memang geram dan frust kalau hadapi situasi begini. Bagi selalu berdepan serangan dua haiwan ini tip yang dikongsi oleh Siti Hanimah Rohani.

Beliau berkongsi cara berkesan yang dipraktikkan selepas tanamannya ‘dikerjakan’ oleh monyet.

Petua yang sangat berkesan elak tanaman ‘dikerjakan’ monyet

Alhamdulillah, petua ini sangat membantu mengelakkan hasil tanaman ‘dikerjakan’ Cik Mon. Walau ada cubaan, tapi nampaknya, dilepaskan, walau telah digigit.

Caranya buat bancuhan ini, letak dalam botol kemudian sangkut pada pokok tanaman.

1. Bahan untuk bancuhan adalah seperti berikut;
– Sekeping belacan, dibahagi 3
– 6 biji ubat gegat – ditumbuk
– 1/2 cawan air
– 1 botol mineral kecil

2. Masukkan belacan bersama ubat gegat yang hancur dalam botol air mineral.

3. Tambah 1/4 cawan air dan botol dan goncang.

4. Buat lubang pada botol mineral, boleh gunakan besi panas.

5. Ikat dawai pada botol kemudian gantung botol ini pada pokok yang selalu jadi tumpuan serangan monyet.

Bau belacan dan ubat gegat ini tidak disukai oleh monyet/khinzir dan haiwan ini akan menjauhi tanaman jika terhidu.

6. Tambah belacan dan ubat gegat jika baunya sudah berkurangan.

PETUA 1
Petua lain yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan haiwan ANJING (Dogs) didalam kebun atau dekat rumah. Anjing merupakan sejenis haiwan penjaga yang amat baik walau pun ia adalah haram disentuh oleh umat Islam.

Tinjauan dibeberapa dusun buah-buahan di Johor, Pahang dan Melaka mendapati pemeliharaan anjing dikawasan dusun mampu mengelakkan kehadiran monyet dalam dusun. Kes pertama dilaporkan di kawasan dusun Hj Musa dengan tanaman dusun durian dan pisang bercampur pokok lain di Muar, Johor.

Sebelum ada anjing sering, kes serangan monyet berlaku setiap minggu atau bulan dengan memasukki kawasan kebun dan makan buah-buahan yang ada dalam kebunnya dan merosakkan tanaman pisang.

Beliau kemudian membeli dan meletakkan 4 ekor anjing yang dikurung dalam sangkar dan diberi makan dan minum setiap hari. Anjing ini akan menyalak apabila ada haiwan lain yang datang kekebunnya termasuk monyet.

PETUA KE-2
Petua Ke 2 adalah dengan kaedah untuk meletakkan pakaian atau Baju Petani yang ada peloh manusia. Peloh ini yang dibiarkan kering pada baju, seluar atau topi bolehlah diletakkan di beberapa lokasi yang mana sering berlaku serangan monyet. Pakaian berbau ini akan menjadikan monyet fikir petani masih ada dalam kebun.

PETUA KE 3
adalah dengan menabur Kelongsong Peluru senapang terpakai atau belum digunakan. Ini kerana monyet merupakan sejenis haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan amat takut dengan letupan senapang atau bau belerang pada peluru.

VIDEO CARA HALAU MONYET DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN INI:

Selamat mencuba! dan semoga berhasil dan kebun tanaman anda dilindungi

Sumber: Siti Hanimah Rohani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!