Connect with us

PENGETAHUAN

HUKUM BERWUDUK TIDAK TUTUP AURAT

Published

on

SOALAN :
Apakah sebenarnya hukum berwuduk dalam keadaan tidak menutup aurat itu haram atau harus?

JAWAPAN :
Disunatkan mengambil wuduk dalam keadaan menutup aurat jika berada pada tempat yang tidak ada orang yang melihatnya.
Maka jika dia berwuduk dalam keadaan tidak menutup aurat maka perbuatannya itu adalah makruh akan tetapi wuduknya itu sah.

Berkata Syeikh Muhammad Dusuki :

وأما مكروهاته فالإكثار من صب الماء وكثرة الكلام في غير ذكر الله والزيادة على الثلاثة في المغسول وعلى واحدة في الممسوح على الراجح وإطالة الغرة ومسح الرقبة والمكان الغير الطاهر وكشف العورة وكشف العورة أي مع عدم من يطلع عليها ، وأما كشفها مع وجود من يطلع عليها غير الزوجة والأمة فهو حرام لا مكروه فقط

Artinya : “Dan adapun segala yang makruh ketika berwuduk itu ialah mengunakan banyak air ketika menuangnya dan berkata-kata yang bukan zikirullah dan membasuh lebih dari tiga kali pada anggota yang dibasuh dan melebih sekali pada yang anggota yang disapu atas qaul yang rajih dan memanjangkan basuh muka dan menyapu tengkuk dan tempat yang tidak bersih dan membuka aurat yakni ketika tiada orang yang melihat atasnya. Dan ada pun membuka aurat ketika ada orang yang melihatnya selain isterinya dan sahayanya maka hukumnya adalah haram bukan lagi makruh.” (Kitab Hasyiah Dusuki)

Tersebut pada Kitab Fathul Muin :

وجاز تكشف له اى للغسل فى خلوة او بحضرة من يجوز نظره الى عورته كزوجة او أمة والستر افضل وحرم ان كان ثم من يحرم نظره اليها

Artinya : “Dan harus membuka aurat untuk mandi di tempat yang sunyi atau di sisi orang yang harus oleh memandangnya kepada auratnya seperti isteri atau sahaya dan yang afdhal ialah dengan menutupnya. Dan haram jika ada di sana mereka yang haram oleh memandangnya kepada auratnya.”

Kesimpulannya disunatkan bagi orang yang mengambil wuduk ditempat yang sunyi menutup akan auratnya.
wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!