Connect with us

KASIH SAYANG

Ibu Hilang! Anak Rayu Orang Ramai Bantu Mencarinya

Published

on

Seorang wanita warga emas berumur 69 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas keluar dari rumah di Taman Desa Permai Repah, Tampin, tanpa pengetahuan keluarganya.

Che Som Ibrahim, dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi dan kehadirannya hanya disedari oleh ahli keluarga selepas memeriksa biliknya.

Menantunya, Abdul Halem Shamsuddin, 31, mengatakan, mereka berasa hairan kerana tiada tanda ibu mentuanya keluar dari rumah. Tetapi tidak terus mencarinya kerana ibu mentuanya selalu keluar rumah seorang diri dan pulang selepas beberapa jam kemudian.

Abdul Halem juga ada memeriksa barangan peribadi ibu mentuanya dan mendapati, Che Som keluar dari rumah dengan hanya membawa dompet kecil yang berisi wang tunai RM200. Beg silang yang sering dibawanya setiap kali keluar rumah pula, masih berada di dalam bilik.

Kehilangan Che Som itu kemudian dimaklumkan kepada ahli keluarga lain dan masing-masing cuba mencari keberadaan Che Som di sekitar kawasan daerah berkenaan dan di Seremban.

Laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Tampin berhubung kehilangan Che Som yang juga mengalami masalah kesihatan mental. Walau bagaimanapun, Che Som masih tahu dan kenal serta ingat tempat yang pernah dilawatinya. Malah berkemampuan untuk menaiki bas atau teksi untuk ke mana-mana destinasi.

Sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk atau maklumat mengenai Che Som membuatkan keluarganya bimbang akan keselamatan warga emas itu.

Justeru, Abdul Halem berharap mana-mana individu atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu mertuanya untuk tampil menghubunginya di talian 013-2729741.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan dari Abdul Halem mengenai kehilangan Che Som pada jam 9.30 malam, Sabtu lalu.

Sumber: Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!