Connect with us

PENDIDIKAN

W4spada Taktik Terbaru Perdaya Barang Murah Online, Ini Antara Barang Yang Tersenarai!!

Published

on

Terkini – Penjualan barangan elektrik yang tidak mendapat label keselamatan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dikesan semakin berleluasa dalam pelbagai platform beli-belah online yang dikhuatiri membahayakan nyawa pengguna.

Tinjauan rakan wartawan mendapati kebanyakan barangan elektrik untuk kegunaan di rumah itu adalah buatan China yang dijual pada harga murah.

Antara barangan yang menjadi pilihan pengguna ialah alat penggoreng kering (air fryer), periuk tekanan tinggi, televisyen, mesin adunan kek, penyedut hampagas dan aksesori telefon bimbit.

Barangan seperti penyedut hampagas misalnya boleh didapati pada harga semurah RM44.43 berbanding RM157 bagi produk yang mempunyai label SIRIM.

Air fryer pula dijual di bawah harga RM200 berbanding RM488 bagi barangan berjenama, periuk tekanan tinggi RM209 berbanding RM529 dan mesin adunan kek RM249.90 berbanding RM449.

Kebanyakan barangan elektrik tersebut umpama bom jangka kerana berisiko mencetuskan bahaya kepada pengguna pada bila-bila masa akibat tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan SIRIM dan ST

Pengarah Kawal Selia Keselamatan ST, Ir Md Zakuan Ibrahim berkata, barang tersebut sangat berbahaya kerana tidak diuji mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

“Peralatan berkenaan boleh menyebabkan kebakaran atau kemalangan jiwa kerana ia mudah panas, pecah, cair dan terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Md Zakuan berkata, kemasukan barangan yang tidak diiktiraf antara lain berlaku akibat aktiviti penyeludupan di pintu masuk negara. “Malaysia banyak pintu masuk, ini menyebabkan berlaku penyeludupan oleh sesetengah peniaga.

“Kami tidak menafikan barang tersebut dikenalpasti sebagai barang elektrik tetapi ada juga unsur penipuan lain.
“Produk yang dibawa masuk ke negara ini jumlahnya beratus ribu setiap hari. Hendak semak 100 peratus agak sukar, jadi pihak berkuasa hanya semak barang yang diikrarkan,” katanya.

Menurut data ST, sebanyak 30 kertas siasatan telah dibuka dari 2017 hingga 2019 berhubung barangan tidak diiktiraf.

Selain itu, aduan daripada pengguna menunjukkan peningkatan mendadak daripada 33 aduan kepada 67 aduan sejak 2019 hingga 2020. Md Zakuan memberitahu, ST telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan pengguna sedar tentang keburukan menggunakan barang yang tiada label keselamatan.

“Antara usaha yang dilakukan adalah mengadakan program kesedaran keselamatan supaya pengguna membeli barangan elektrik yang selamat digunakan.

“Turut diadakan ialah sesi penerangan kepada kepada pemilik platform e-dagang seperti Lazada, Shoppe, CJ Wow Shop dan Go Shop tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil kepada penjual jika menjual barang tidak diiktiraf,” ujarnya.

Tambah beliau, ST akan memastikan barang yang tidak menepati label keselamatan dihantar semula ke negara asal ataupun dilupuskan.
Md Zakuan turut menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan kelengkapan elektrik secara berterusan agar tidak berlaku situasi panas melampau.

“Jangan gunakan telefon bimbit ketika sedang dicas, jangan guna peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
“Jangan guna peralatan elektrik yang rosak dan pecah, dan jangan bebankan soket secara berlebihan. Lakukan ujian ‘peranti arus baki’ sebanyak dua bulan sekali,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!