Connect with us

PENGETAHUAN

Lelaki Ini Bakal Bergelar Orang Kaya Setelah Mendapat Sekeping Wang Kertas Di Mesin ATM!!

Published

on


Apabila rezeki sudah tiba, Tidak disangka-sangka lelaki ini mendapat tuah..kata orang “TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan betapa bertuahnya seorang lelaki di Britain apabila dilaporkan telah menjumpai sekeping wang kertas yang mempunyai nilai yang tinggi kerana kesalahan cetakan atau juga dikenali sebagai matawang error.

Untuk melihat dan merujuk tentang matawang error ini sangatlah susah kerana tiada bahan rujukan yang dapat menerangkannya.

Penemuan matawang error itu boleh diibaratkan sebagai satu rezeki dan eset yang bernilai tinggi kerana ianya adalah sebahagian daripada keluarga koleksi matawang yang pastinya dicari oleh penggemarnya.

Menurut laporan The Sun, lelaki ini ialah Peter Coleman dikatakan bakal bergelar orang kaya baru selepas secara tidak sengaja memiliki wang kertas £10 (RM57.30) yang dicetak tanpa wajah Ratu Elizabeth. Wow! Rare juga tu!

Lelaki yang dikenali sebagai Coleman yang juga merupakan seorang persara berumur 72 tahun itu pada mulanya terkejut melihat wang kertas miliknya itu tiada wajah monarki Britain seperti wang kertas lain.

Dia menjelaskan bagaimana dia memperoleh wang ganjil itu ketika menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) baru-baru ini.

Penjelasan daripada Coleman, pada mulanya dia hanya beranggapan wang kertas itu tidak boleh digunakan kerana kesilapan semasa proses cetakan, namun ia disahkan tulen dan mempunyai nilai sama seperti wang kertas £10 lain.

perkara ini mula disedari apabila Coleman cuba menggunakan wang itu di sebuah kedai supermarket.

Pekerja yang bertugas pada masa itu, pada mulanya tidak menerima duit tersebut tanpa wajah itu tetapi mengubah fikirannya apabila mesin pengesan wang palsu menunjukkan nilainya tidak berubah dan sah digunakan.

“Saya cuba menerangkan kepada pekerja itu bahawa saya mahu menyimpannya kerana merasakan ia akan membawa tuah,” katanya penuh harapan.

Menurut Coleman lagi, dia mungkin akan melelong wang kertas bertuahnya itu jika ada pihak yang berminat mahu membelinya.

Berdasarkan maklumat pakar-pakar pengumpul koleksi wang kertas, wang tanpa wajah £10 milik Coleman dianggarkan mampu mencecah ribuan ribu pound jika dilelong! Wow, untung bukan?

Secara kebiasaanya, terdapat beberapa punca kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan wang kertas itu dikategorikan sebagai matawang error. Antaranya adalah seperti :

1. Kesilapan semasa cetakan

Double Printed – Cetakan bertindih akan menyebabkan matawang itu ada dua imej gambaran cetakan yang bertindih samada cetakan muka yang sama atau yang terbalik.

Missed Printed – Cetakan yang tidak lengkap menyebabkan matawang tersebut sebahagiannya tertinggal atau tidak dicetak atau berlaku ‘alur cetak’ atau ‘gutter print’ yang tertinggal cetakan kerana kemungkianan kertas tersebut terlipat semasa cetakan.

Cetakan yang tidak tepat berlaku semasa proses cetakan berulangkali teralih dari tetapan asal.

Warna atau dakwat cetakan yang tidak sempurana menyebabkan warna sesuatu gambar itu kurang jelas dan kabur atau terdapat juga warnanya luntur seolah-olah warna cetakan itu belum kering lagi.

2. Kesilapan semasa pemotongan

Extra Paper – Lebihan kertas yang mana wang tersilap potong atau dipotong tidak sempurna menyebabkan wang tersebut tidak sempurna dan terdapat lebihan baki kertas pada wang tersebut.

Cutting Error Margi – Potongan tidak sama besar melibatkan bahagian kiri dan kanan, atas dan bawah tidak sama besar malahan ada yang terlebih dan sebelah lagi terkecil, namun keseluruhan saiz dan ukuran adalah sama mengikut saiz matawang asal.

Mungkin banyak lagi kategori keroskan yang ditemui dalam pelbagai kesilapan dijumpai yang akan menjadi koleksi sesuatu yang sangat bernilai kepada pengumpul matawang Malaysia yang .

Maka itu, sekiranya selepas ini jika kamu menemui wang yang tersalah cetak atau lain daripada yang lain mungkin wang tersebut juga boleh dilelong dan bernilai tinggi. Siapa mampu menjangka bukan? akhirnya menjadi rezeki anda!!..

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!