Connect with us

TERKINI

Lima bulan menyepi, Sugu Pavithra kembali dengan resepi masakan baru

Published

on

Lima bulan menyepi, Sugu Pavithra kembali dengan resepi masakan baru

Selepas lima bulan senyap dari media sosial, YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavitra kembali muncul dengan video-video resepi masakannya yang ditunggu oleh warganet.

Pernah tular pada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 1.0, nama pasangan suami isteri ini terus disebut oleh ramai orang termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa teks perutusan rasminya.

Kembali dengan beberapa video masakan
Walau bagaimanapun, pasangan YouTuber ini mulai ‘senyap’ selepas terkait dengan beberapa isu kontroversi sehingga mengambil keputusan untuk tidak terlalu menonjol di media sosial dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, selepas lima bulan menyepikan diri, mereka telah hadir kembali dengan beberapa video resepi masakan yang di muat naik ke saluran YouTube mereka.

Selamat kembali Kak Pavitra
Kemunculan semula mereka telah disambut dengan baik oleh warganet kerana masing-masing tidak sabar menanti resepi-resepi menarik daripada Sugu Pavitra.

Mereka telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat kembali dan terus memberikan kata-kata positif untuk pasangan YouTuber itu.

Teruskan upload video!


Seronok tengok ada video kembali


Tiba2 dapat notifikasi Sugu Pavithra


Sekitar Julai 2020, populariti pasangan ini digugat apabila Sugu didakwa pihak berkuasa atas tuduhan mengasari isterinya Pavithra.

Namun, tidak lama setelah itu, wanita tersebut tampil kepada media dan memaklumkan sudah memaafkan suaminya serta mahu hidup seperti biasa tanpa tempias populariti kilat yang dikecapi oleh mereka.

Sumber: Sugu Pavithra

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!