TAULADAN
Gemar beli makanan di gerai tepi jalan, anakanda Agong raih pujian netizen

Sesiapa yang mengikuti perkembangan keluarga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pasti sedia maklum mengenai keramahan baginda bersama rakyat jelata.
Malah, sifat ramah itu bukan dimiliki oleh Baginda sahaja, ia turut diikuti oleh anakandanya iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Baru-baru ini, Tengku Hassanal ada memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, baginda mempromosikan sebuah gerai yang terletak di tepi jalan.
Gambar pertama menunjukkan beliau berdiri bersebelahan peniaga di hadapan kedai baru, manakala kedua pula menunjukkan Tengku Hasanal sedang duduk di gerai lama yang dipromosinya.
“Pakcik saya ni sudah menaiktaraf dan mengembangkan gerainya di Felda Bukit Goh, alhamdulillah. Jika anda ingin mencarinya, dia sentiasa memakai tanjak! Kelapa yang dijual sangat segar,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, baginda sudah mengunjungi gerai tersebut sebelum gerai itu dinaik taraf lagi. Selain itu, baginda turut berkongsi bahawa peniaga gerai berkenaan gemar memakai tanjak serta air kelapa yang dijualnya asli dan segar.
Sudi beli makanan di gerai tepi jalan
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian baginda meraih pujian daripada netizen di mana rata-rata mereka kagum dengan kesudiannya membeli makanan di gerai tepi jalan.
Berikutan itu, ramai netizen meninggalkan komen positif dan masing-masing berpendapat bahawa sifat baginda tidak tumpah seperti ibu dan bapanya yang berjiwa rakyat.
Semoga Allah merahmati Tuanku
Air kelapa sedap minum waktu cuaca panas
Berikutan ayahanda Tengku Hassanal menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, beliau dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.
Sumber: Instagram Tengku Hassanal
-
KASIH SAYANG2 years ago
Neel0fa Cuba Bantu Tapi Tid4k Diterima, Ini Sebab Peniaga Burg3r T4k Mahu Terima Bantuan Neel0fa
-
KESIHATAN3 years ago
HANYA KERANA BUAH PISANG ANAK INI MASUK WAD!!
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Macam Mana Mahu Tahu Di Rumah Ada Satu ‘Gangguan’, Ustaz Ini Mengajar Caranya
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum tidur, PAGAR RUMAH DENGAN amalan ini
-
TAULADAN3 years ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum Tidur Baca Doa Ini Agar Diturunkan Rezeki Melimpah
-
KASIH SAYANG3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
KASIH SAYANG3 years ago
Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku