TERKINI
Neelofa Kata ‘Dream Wedding’ Tidak Dapat Dilaksanakan Kerana PKP

Neelofa Kata ‘Dream Wedding’ Tidak Dapat Dilaksanakan Kerana PKP
Hubungan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz semakin pulih, selebriti terkenal, Neelofa berkata dia akan berkongsikan mengenai majlis perkahwinannya dalam masa terdekat.
Dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, Neelofa percaya bukan sahaja majlis perkahwinan impiannya sahaja hancur gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah orang lain turut berdepan situasi sama.
“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.
“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja
“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” katanya.
Ditanya mengenai desas-desus mengatakan majlis akan dipercepatkan, Neelofa berkata dia sendiri masih belum mempunyai jawapan mengenai perkara itu.
“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.
“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya.
Jika anda suka dengan article ini, jangan lupa share & like yer . Terima Kasih 🙂
SUMBER: KOSMO
-
KASIH SAYANG2 years ago
Neel0fa Cuba Bantu Tapi Tid4k Diterima, Ini Sebab Peniaga Burg3r T4k Mahu Terima Bantuan Neel0fa
-
KESIHATAN3 years ago
HANYA KERANA BUAH PISANG ANAK INI MASUK WAD!!
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Macam Mana Mahu Tahu Di Rumah Ada Satu ‘Gangguan’, Ustaz Ini Mengajar Caranya
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum tidur, PAGAR RUMAH DENGAN amalan ini
-
TAULADAN3 years ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
DAKWAH DAN ISLAM2 years ago
Sebelum Tidur Baca Doa Ini Agar Diturunkan Rezeki Melimpah
-
KASIH SAYANG3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
KASIH SAYANG3 years ago
Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku