Connect with us

KASIH SAYANG

Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tol0ng Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berl4ku

Published

on

Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tolong Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berlaku

Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka. Perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri.

Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu.

Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi. Jangan sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dengan kita, semua serba serbi kita yg sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita “simpan” dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya. Sampai bila kita mampu buat mcm tu?

He need to face the facts that now he is on his own.

Itu adalah cabaran yg dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih utk mendirikan rumahtangga. Dia perlu fkir akan smua itu dahulu sblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin.

Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya. Perkahwinan bukannya satu perkara yg boleh dibuat main2 atau suka2. Dia kena bertanggungjawab terhadap org yg dikahwininya.

Biar dia tiggal dalam rumah sewa yg kecil, biar dia naik motor dgn pasangannya ke tempat keje, biar dia tiada kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yg ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu tengah bulan, biar dia ikat perut, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nk membina kehidupannya.

Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yg bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik. Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dengan cukup-cukup baik. Maka sekrg, masa untuk melihat hasilnya.

Kredit : Firdaus Shakirin Via cempedakcheese

Trending

error: Content is protected !!